Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Bedah Buang Ketumbuhan Di...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau kian...

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-30...

MANILA - Sidang Kemuncak ASEAN Ke-30 bertemakan, 'Kerjasama Untuk Perubahan, Melibatkan Dunia,' sidang...

Cameron Beri Kata Dua...

LONDON - Perdana Menteri United Kingdom (UK), David Cameron semalam memberi amaran kepada...

PH Tipu Rakyat, Tambah...

BEBAN... Baru-baru ini rakyat gempar apabila laporan Bank Negara Malaysia (BNM) dedah hutang...

Isa Samad! Anda Sudah Rosak Persediaan PRU-14!

DATUK Seri Najib Razak, barangkali sudah bersedia menghadapi Piihan Raya Umum (PRU) ke-14. Hanya menunggu detik tepat untuk mengumumkannya.

Paling tidak selepas berasa yakin suasana ekonomi menampakkan isyarat pemulihan apabila KDNK suku pertama tahun ini mencatat prestasi baik pada angka 5.8 peratus.

Selaku Perdana Menteri, Najib hanya menanti beberapa perkara lagi mencatat prestasi memuaskan. Antaranya, pengukuhan ringgit pada paras RM4 per AS$1.

Serta menantikan pelabur asing membawa kembali RM40 bilion pelaburan ke pasaran domestik. Fakta ekonomi semasa cukup meyakinkan untuk mencapai matlamat itu.

PM berusaha keras meyakinkan pelabur asing setelah pasaran modal kehilangan angka pelaburan dana asing berikutan kemelut kejatuhan harga minyak dan komoditi.

Pada suku pertama tahun ini, penganalisis mengumumkan RM10 bilion sudah kembali ke pasaran domestik; satu angka yang sangat memberangsangkan bagi mengukuhkan langkah menuju PRU-14.

Tugas PM kini hanya perlu memastikan harga barangan pengguna kembali stabil, serta mengukuhkan kawalan terhadap beberapa barangan pengguna yang disenaraikan sebagai masih belum dapat dikawal harga pasarannya.

Namun, isu FGV kini menjadi bom jangka yang tidak diduga. Bom FGV yang mula berdetak jarum letupannya tiga hari lalu, kini meletakkan PM kembali dalam berada keadaan sukar.

Apa lagi, FGV berkait secara langsung dengan sentimen pengundi Felda yang selama ini antara aset utama yang menyumbang kepada undi popular dan dianggap akaun sokongan tetap terhadap BN.

Ini masalah Tan Sri Isa Abdul Samad! Ahli politik veteran yang sudah malap lampu politiknya. Isa tiba-tiba menjadi liabiliti utama sekiranya PRU-14 mahu diadakan.

Ketidakcekapan Isa dalam mengendalikan isu FGV kini menjadi bom jangka yang mampu meletupkan prestasi BN menuju PRU-14.

Tindakan Isa kini satu liabiliti politik kerana dia menguruskan aset institusi ekonomi yang sangat sensitif terutama dalam kalangan pengundi Felda.

Isa dengan semborono dan sangat tidak cekap, gagal mengendalikan FGV yang menjadi institusi penting terutama status institusi itu sebagai lambang kejayaan peneroka Felda.

FGV aset bersimbolkan kepentingan peneroka Felda yang dikendalikan kerajaan. Soal sama ada Isa atau Presiden dan CEO FGV, Datuk Zakaria Arshad yang bersalah, bukan lagi isu dalam konteks menuju PRU 14.

Isu utamanya, seorang pengerusi sebuah institusi yang mendokong imej kerajaan dan kepercayaan pengundi Felda kini menjadikan prestasi kerajaan nampak buruk dan tidak cekap.

Malah, dicurigai kerana Isa dilihat pilihan kerajaan menduduki kerusi Pengerusi Felda. Lebih parah, bukan Zakaria sahaja dicutikan.

Tindakan drastik itu turut membabitkan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd. Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn. Bhd., Kamarzaman Karim dan CEO FGV Trading, Ahmad Salman Omar.

Empat nama sasa ini memberi persepsi: Tindakan ditujukan secara pakej membabitkan barisan korporat utama dalam pengurusan eksekutif FGV.

Soal siapa benar dan siapa salah bukan isu lagi ketika imej FGV kini terseret ke kancah implikasi politik menjelang PRU-14. Cara Isa mengendalikan kes ini hingga berlarutan di luar kawalan.

Ia menyebabkan imej kerajaan kini menjadi eye ball pengundi. Malah meletakkan kerajaan dan BN dalam kemelut yang tidak sepatutnya wujud ketika genta PRU-14 sudah kuat dipalu.

Isa ada rekod buruk dalam UMNO, dan dalam politik, reputasi peribadinya juga menjadi beban tambahan apabila kes ini dirujuk pada profil setiap individu yang terlibat.

Paling tidak, isu Isa pernah dikenakan hukuman digantung UMNO kerana terbabit dalam politik wang ketika bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada Jun 2005, digeledah dan dijadikan modal politik bagi mencemarkan imej kerajaan.


Pada 25 Jun 2005, media arus perdana melaporkan Isa digantung jawatan dan keahliannya selama dua penggal atau enam tahun kerana didapati bersalah terlibat dalam politik wang oleh Lembaga Disiplin parti.

Keputusan itu dibuat panel yang dipengerusikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen.

Fakta ini menjadi bayang-bayang yang membentuk imej Isa di balik kemelut ini. Tiada tuduhan Isa bersalah dalam isu FGV. Isa tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.

Cuma dalam politik, fakta ini memberi persepsi sementara terhadap masyarakat. Walaupun ia bukan fakta sahih yang bersifat: Salah dalam UMNO bererti salah dalam isu FGV.

Tetapi dalam politik, apatah lagi menjelang PRU-14, pembangkang dan rakyat akan berbalik pada sejarah sebagai timbal ukuran.

Menantikan siasatan Datuk Idris Jala yang dilantik sebagai penyiasat bebas mewakili Pejabat Perdana Menteri, tidak menjanjikan fakta kes boleh dihuraikan dalam masa yang singkat.

Idris selalu Presiden dan CEO Pemandu Associates Sdn Bhd pasti memerlukan tempoh panjang pengumpulan fakta dan bukti. Idris mesti mengemukakan fakta yang konkrit supaya hasilnya tidak dilihat cuba memihak.

Idris perlukan banyak masa meneliti data forensik mengenai kontrak-kontrak serta isu kecuaian pembayaran yang dikaitkan dalam pertuduhan kedua-dua pihak.

Ini kerana Isa dan Zakaria sudah mengemukakan maklumat masing-masing. Ia mungkin maklumat berkepentingan antara dua profil korporat. Tetapi yang menanggung padah ialah kerajaan.

Tindakan Isa terhadap Zakaria juga heret bekas CEO FGV itu bawa dokumen dan bukti kepada SPRM. Ini memburukkan lagi keadaan kerana keputusan siasatan SPRM tidak mungkin siap dalam masa sesingkat enam bulan.

Jika PRU-14 berjalan tanpa sebarang penyelesaian dalam siasatan Idris dan SPRM, ia pasti menjadi modal politik pembangkang dan tentu besar impaknya pada kedudukan BN dan UMNO.

Jadi: Apakah Isa sedar selaku Pengerusi FGV – kerosakan yang berlaku sangat besar impaknya terhadap kerajaan dan BN?

Jentera pilihanraya UMNO dan BN pasti mulai sakit kepala. Sekali pun baharu dua hari isu FGV meletup, bebannya sudah dirasakan. Ia bukan beban kecil; jentera UMNO dan BN perlu menanganinya.

Malah mungkin isu FGV akan menjadi liabiliti terbesar pada BN kalau PRU-14 diadakan dalam tempoh terdekat. Zakaria pasti ada benda untuk didedahkan.

Sama ada relevan atau tidak, setiap maklumat dan kenyataan Zakaria akan mengambil masa berbulan-bulan untuk disiasat. Jadi, selagi tiada keputusan siasatan, ia satu beban yang ditanggung jentera PRU-14 BN dan UMNO.

Tanpa keputusan siasatan, BN dan UMNO tidak mampu menanggung spekulasi dan manipulasi pembangkang dalam menyeret isu ini. Apa lagi kalau pembangkang menjadikan kes ini sebagai isu utama PRU-14.

Pastinya, di setiap kempen membabitkan pengundi Felda, isu inilah bakal jadi topik utama. Semua pelobi dan jentera UMNO dan BN sudah terasa padah apabila Isa membiarkan pergolakan dalam FGV menjadi isu peribadi antara beliau dan Zakaria.

Oh! Isa Samad. Tahukan berapa besar harga kerosakan yang telah anda lakukan! – MYNEWSHUB.CC

Kategori