• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Integrasi Ekonomi Secara Wilayah Mantapkan Sabah

oleh Ahmad Albab
17/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Sabah perlu mengintegrasi ekonominya secara wilayah dengan kawasan di bawah Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur – Brunei/Indonesia/Malaysia/Filipina (BIMP EAGA) bagi mejadikan ekonomi negeri ini lebih mantap dan dinamik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata integrasi ekonomi yang mantap dan mendalam dengan wilayah-wilayah BIMP-EAGA, akan membolehkan Sabah memanfaatkan segala peluang ekonomi di wilayah-wilayah berkenaan, termasuk bahan mentah, untuk kemakmuran bersama.

“BIMP-EAGA merupakan organisasi yang sudah wujud sekian lama, namun mungkin perlu diberi nafas baharu atau pendekatan baharu kerana bagi saya jika ekonomi Sabah berintegrasi yang kuat dan mendalam dengan Indonesia, Brunei Darussalam dan Filipina, kita mungkin mempunyai lebih banyak peluang yang sebelum ini tidak wujud.

“Kita tahu bahawa di Kalimantan contohnya, mereka mempunyai sumber mineral, minyak, gas, arang batu dan sektor perladangan. Mereka mempunyai asas-asas (ekonomi) yang cukup besar dan mereka belum mempunyai perkhidmatan yang canggih. Mungkin Sabah boleh menggunakan bahan mentah dari Kalimantan ini dalam sektor industri kecil dan sederhana,”katanya.

Abdul Rahman yang juga Anggota Parlimen kawasan Kota Belud berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dengan pengamal media di sini malam tadi.

Katanya integrasi ekonomi Sabah dengan wilayah-wilayah BIMP-EAGA belum cukup mantap seperti Kawasan Pertumbuhan Tiga Segi Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) yang berkemungkinan disebabkan beberapa faktor seperti politik, legasi serta perasaan tidak tenteram atas sebab sejarah dalam BIMP-EAGA.

Bagaimanapun katanya, faktor halangan seperti kebimbangan terhadap lambakan pekerja asing memasuki Sabah, perlu diketepikan kerana perkara itu mungkin tidak akan berlaku lagi memandangkan peluang-peluang pekerjaan di Kalimantan untuk rakyat di negara berkenaan juga sudah cukup banyak.

“Saya mempunyai cadangan untuk membuka satu atau dua bandar sempadan seperti pembinaan jalan raya dari Serudung di Kalabakan ke Kalimantan. Dengan wujudnya jalan itu nanti, aktiviti perniagaan tukar barang juga dapat dipertingkatkan,”katanya.

Menurut Abdul Rahman perniagaan tukar barang menggunakan laut seperti sekarang banyak menimbulkan masalah seperti keselamatan, namun jika ia dijalankan melalui darat, perniagaan itu mudah dikawal melalui pewujudan pusat Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) bagi mengawal apa juga barangan masuk dan keluar di sempadan.

Katanya beliau mencadangkan perkara berkenaan kepada Kabinet serta mendapat respon agak baik daripada kerajaan negeri Sabah, namun cadangan itu memerlukan kajian terperinci.

Abdul Rahman berkata melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) beliau juga telah meminta Bank Pembangunan Asia (ADB) mengkaji usaha untuk memantapkan penyatuan ekonomi Sabah dengan Kalimantan, khususnya Kalimantan Utara, selatan Filipina dan Brunei.

“Respon daripada wilayah-wilayah di Kalimantan mengenai (idea integrasi ekonomi) ini positif. Yang diperlukan sekarang ialah lebih banyak lawatan kerja dalam kalangan pemimpin negeri Sabah ke Kalimantan. Saya sendiri akan membuat lawatan ke Kalimantan untuk eratkan lagi hubungan ekonomi antara Sabah dan wilayah utara Kalimantan,” katanya. – BERNAMA

Tags: EkonomiSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara. Ahli Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd