• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Tahan 80 PATI Dalam Op Ikrar Di Cyberjaya

oleh Ahmad Albab
09/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sejumlah 80 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari pelbagai negara ditahan Jabatan Imigresen Selangor dalam Op Ikrar di Jalan Teknokrat 1, Cyberjaya, dekat sini awal pagi tadi.

Mereka yang ditahan terdiri daripada 22 rakyat Bangladesh, Indonesia (49), Myanmar (lapan) dan seorang warga Pakistan yang kesemuanya berumur di antara 20 hingga 46 tahun.

Pengarah Jabatan Imigresen Selangor Omran Omar berkata operasi empat jam bermula 12 tengah malam itu dijalankan di sebuah penempatan haram di kawasan tapak pembinaan yang berkeluasan agak besar.

“Ketika serbuan, ramai PATI bertempiaran lari ke kawasan semak dan tapak pembinaan lain berhampiran lokasi itu untuk mengelak daripada ditangkap namun, usaha mereka gagal,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam operasi itu, seramai 365 warga asing diperiksa dan 80 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk tinggal lebih masa, mengguna dan memiliki pas palsu, tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan menyalah guna pas.

“Menurut aduan yang diterima, terdapat satu bilik berdekatan penempatan itu yang dikatakan menjalankan aktiviti pelacuran tetapi semasa operasi, pemeriksaan di bilik itu mendapati ia mengandungi sebuah katil dan sebuah peti sejuk,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kesemua PATI yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 6(1), Seksyen 15(1)(c), Seksyen 56(1)(1) dan Peraturan 39(b) Akta Imigresen 1959/63. – BERNAMA

Tags: ImigresenPati
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd