• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IKHLAS Serah Memo Kepada PM, Mohon Tangguh

oleh AK-47
13/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) hari ini menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon agar cadangan merobohkan pusat beli-belah Ampang Park di ibu negara ditangguhkan sehingga selesai pilihan raya umum akan datang.

Memorandum itu diserahkan oleh Presiden IKHLAS Mohd Ridzuan Abdullah bersama kira-kira 200 penyewa lot kedai di Ampang Park kepada Pegawai Khas Perdana Menteri, Nik Mohammed Husin Nik Mohamed Ali di Bangunan Perdana Putra di sini.

“IKHLAS merayu kepada Perdana Menteri supaya perobohan Ampang Park ditangguh sehingga selepas pilihan raya umum ke-14,” demikian antara yang dinyatakan dalam memorandum itu.

Penangguhan itu juga bagi mengelakkan perkara tersebut dijadikan isu politik oleh pembangkang.

Ampang Park dibina pada 1972 dan dibuka kepada orang ramai pada 15 Mac 1973, menjadikannya kompleks beli-belah pertama di Malaysia.

Cadangan merobohkan kompleks itu bertujuan memberi laluan kepada pembinaan Projek Transit Aliran Massa (MRT). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakIKHLAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nga Kor Ming Enggan Letak Jawatan – “Kami Tidak Menang Kali Ini, Esok Masih Ada”

Nga Kor Ming Enggan Letak Jawatan – “Kami Tidak Menang Kali Ini, Esok Masih Ada”

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming enggan melayan desakan supaya beliau meletak jawatan. Pemimpin DAP...

“Kan Hari Tu Dah Pesan” – FB Najib Razak

“Kan Hari Tu Dah Pesan” – FB Najib Razak

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook rasmi Najib Razak memuat naik sindiran selepas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dengan mengulangi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd