• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hubungan 2 Hala Malaysia-Jepun Berpotensi Besar

oleh Ahmad Albab
21/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengukuhan hubungan ekonomi dua hala Malaysia-Jepun menawarkan potensi besar untuk kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

“Malaysia, yang mempunyai ekonomi pelbagai, teguh dan terbuka, merupakan gerbang terbaik ke ASEAN bagi firma Jepun,” katanya pada majlis pecah tanah Bukit Bintang City Centre (BBCC) di sini hari ini.

Najib berkata kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Duta Besar Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa, bagi memudahkan kemasukan lebih banyak pelabur dan pelancong Jepun ke Malaysia.

Pada 2016, Malaysia merupakan rakan dagang keempat terbesar Jepun dengan dagangan dua hala bernilai RM120 bilion.

Perdana Menteri berkata hubungan kukuh dalam perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara disokong oleh Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia-Jepun.

Malaysia dan Jepun akan meraikan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik tahun ini.

Najib yang memberikan contoh usaha sama Malaysia-Jepun memetik projek BBCC yang berjaya menarik kumpulan hartanah utama dari negara matahari terbit itu, Mitsui Fudisan Co Ltd, yang akan melabur dalam projek mega gedung membeli-belah bernilai RM1.6 bilion.

Terletak di kawasan seluas 7.85 hektar di tapak bekas Penjara Pudu, BBCC mempunyai nilai pembangunan kasar RM8.7 bilion.

Ia mengandungi gedung membeli-belah, hab hiburan, hotel empat bintang, dua blok pejabat strata, dan lima blok pangsapuri perkhidmatan dan menara 80 tingkat satu dalam tiga yang menempatkan pejabat korporat, hotel lima bintang dan kediaman mewah.

Fasa satu, yang melibatkan 50 peratus daripada projek itu, dijadual siap pada Disember 2020.

Najib berkata BBCC bersama-sama Mitsui Mall merupakan satu lagi model hasil kejayaan Program Transformasi Ekonomi Malaysia yang sudah membuahkan hasil dari segi menarik pelaburan asing.

Beliau berkata Jepun sudah pun merupakan antara pembeli utama asing yang membeli unit kediaman di projek BBCC tersebut.

“Malaysia kekal sebagai destinasi persaraan utama bagi masyarakat Jepun, hasil daripada persekitaran ekonomi dan politik yang stabil, cuaca yang tenang dan standard kediaman mampu milik,” katanya.

Sebagai sebuah negara yang terbuka dan pelbagai, Najib berkata Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan yang menarik.

“Kami menyambut baik pelaburan langsung asing, tanpa mengira sama ada dari Jepun, China, Arab Saudi. Amerika Syarikat atau Singapura.

“Jika anda antara lain menambah nilai kepada ekonomi Malaysia, menyediakan lebih banyak pekerjaan, membawa masuk teknologi baharu dan menambah kepada nilai eksport, anda sememangnya disambut baik untuk melabur di negara ini,” kata Perdana Menteri. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razakjepun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd