• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasanuddin Sambung Tugas Ab Rahman Perangi Dadah

oleh AK-47
15/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Ketua Polis Kelantan yang baru dilantik, Datuk Hasanuddin Hassan bertekad untuk meneruskan misi penyandang jawatan tersebut, Allahyarham Datuk Dr Ab Rahman Ismail dalam usaha memerangi dadah di negeri ini.

Hasanuddin berkata beliau mempunyai perancangan tertentu untuk mengurangkan kadar jenayah terbabit menerusi kawalan sempadan yang lebih ketat.

“Dunia tanpa sempadan buka ruang kepada semua pihak termasuk penjenayah untuk lakukan jenayah, justeru modal insan daripada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu proaktif untuk melakukan tugasan di lapangan.

“Saya juga berharap pegawai dan anggota akan lebih proaktif terutama dalam mengekang penyeludupan dadah di sempadan (Malaysia-Thailand di Kelantan),” katanya ketika berucap pada majlis terima tugas jawatan Ketua Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Beliau menerima jawatan tersebut daripada Pemangku Ketua Polis Kelantan SAC Din Ahmad sambil disaksikan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Sabtu Osman.

Hadir sama Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am Datuk Roslan Bek Ahmad.

Hasanuddin berkata jenayah indeks di Kelantan sejak Januari hingga Mei tahun ini menurun sebanyak 14.38 peratus kepada 1,768 kes berbanding 2,065 kes pada tempoh sama tahun lepas.

Dalam pada itu, beliau berkata hanya 10 peratus daripada kira-kira 4,000 pegawai dan anggota dari Kontinjen Kelantan yang dibenarkan bercuti pada Aidilfitri kali ini.

Sementara itu, Din dalam ucapannya berkata beliau berharap agar Hasanuddin mampu menggarap dan menerajui Kontinjen Kelantan agar mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kontinjen lain.

Beliau turut berharap agar semua pegawai dan anggota dapat memberikan kerjasama yang padu kepada Hasanuddin dalam usaha memerangi jenayah di negeri ini.

Hasanuddin sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah (Perancangan dan Pembangunan Dasar Strategik), Bahagian Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman; Ketua Jabatan Pengurusan IPK Selangor dan Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Beliau menggantikan Ab Rahman yang meninggal dunia akibat sakit jantung pada 2 April lepas. – BERNAMA

Tags: dadahDatuk Hasanuddin Hassan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd