Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Penolong Pegawai Veterinar Didakwa...

JOHOR BAHRU - Seorang penolong pegawai veterinar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen...

“Johor Tidak Ingin Terlibat”...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan bahawa negeri...

Sami Buddha Songlap Duit...

BANGKOK - Sami kontroversi, Phra Dhammachayo diberi tempoh sehingga 30 November ini untuk...

Tun Jeanne Harap Lojing...

KOTA BHARU - Semua pihak disaran agar mengambil iktibar daripada kejadian banjir dan...

Harga Minyak Turun Lagi 2 Minggu Berturut-Turut

KUALA LUMPUR – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac lalu, dan untuk tempoh seminggu berikutnya menyaksikan semua jenis minyak turun lagi beberapa sen.

Ia sudah dijangka pelbagai pihak ekoran ketidaktentuan geopolitik akibat krisis diplomatik antara Arab Saudi dengan jirannya, Qatar sehingga mempengaruhi suasana permintaan bekalan minyak mentah di pasaran dunia.

Menurut laporan Berita N5 yang disiarkan oleh stesen TV1 RTM pada jam 5 petang Rabu, harga siling terbaharu produk RON 95 kini menjadi sebanyak RM2.05 seliter, turun lima sen berbanding sebelumnya iaitu RM2.10 seliter.

Manakala had harga runcit untuk petrol premium jenis RON 97 dalam tempoh seminggu akan datang pula telah ditetapkan kepada RM2.31 seliter, juga turun sebanyak tujuh sen dibandingkan sebelumnya iaitu RM2.38 seliter.

Dalam pada itu, harga runcit baharu untuk minyak diesel dalam tempoh tujuh hari yang sama diumumkan menjadi hanya RM1.94 seliter iaitu merosot lapan sen sahaja berbanding RM2.02 seliter ketika tempoh minggu sebelumnya.

Stesen penyiaran awam kebangsaan berkenaan melaporkan bahawa kesemua harga siling baharu untuk produk petroleum tersebut bermula dari pukul 12.01 tengah malam 8 Jun sehingga 11.59 malam 14 Jun depan.


Mulai 29 Mac lalu, Kabinet memutuskan penetapan harga runcit bahan api secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati trend kadar lebih stabil berbanding harga bulanan yang dilaksanakan sebelum ini.

Pihak kerajaan sebelum itu melaksanakan penetapan harga siling bulanan secara kaedah pengapungan terkawal dengan mengguna pakai sistem kiraan formula Mekanisme Harga Automatik yang ditetapkan sejak 1983.

Penetapan harga runcit minyak secara bulanan itu sudah lama dilaksanakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang bermula pada awal Disember 2014 lalu.

Namun, pengumuman rasmi secara mingguan dijangka dapat mengurangkan kegelisahan pengguna kerana perubahan harga tidak begitu ketara berikutan tempoh pengiraan pendek. – Mynewshub.cc/HAA

Kategori