• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FGV Mula Buka Mulut Jawab Dakwaan Zakaria

oleh Ahmad Albab
11/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) akhirnya terpaksa membuka mulut bagi menjawab pelbagai spekulasi dan tohmahan yang dilemparkan oleh orang ramai ke atas syarikat itu sejak empat hari lalu.

FGV menjawab dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad beliau diarahkan bercuti oleh FGV bukan kerana disyaki terlibat dalam salah guna kuasa, tetapi kerana cuba menghalang pelaburan ratusan juta tidak masuk akal yang didakwa dibuat oleh Lembaga Pengarah syarikat tersebut.

Dakwaan Zakaria itu telah diambil kesempatan sebaik mungkin oleh pemimpin dan penyokong pembangkang serta pihak media termasuk online dan akhbar propembangkang untuk memburuk-burukkan imej kerajaan Malaysia.

Antara pelaburan yang Zakaria dakwa adalah rancangan bernilai 100 juta pound sterling untuk pengembangan Felda Cambridge Nanosystems Ltd. iaitu sebuah syarikat nano karbon yang kerugian RM117 juta dalam tempoh tiga hingga empat tahun lepas.

Menjawab dakwaan Zakaria, Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah FGV menegaskan tuduhan itu tidak benar kerana Lembaga Pengarah FGV tidak pernah dibentangkan dengan rancangan untuk pengembangan Felda Cambridge Nanosystems Ltd. seperti yang didakwa Zakaria.

Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah FGV turut menegaskan dakwaan Zakaria iaitu Felda Cambridge Nanosystems Ltd. kerugian RM117 juta dalam tempoh tiga hingga empat tahun lepas adalah tidak benar.

Felda Cambridge Nanosystems Ltd. mengalami kerugian dari 2014 higga 2017 sebanyak RM27.5 juta memandangkan syarikat yang baru ditubuhkan itu masih dalam peringkat pembangunan produk.

Selain itu, Zakaria mendakwa Lembaga Pengarah FGV merancang membeli 30 peratus pegangan dalam sebuah kilang krimer bernilai RM300 juta yang dimiliki oleh sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan bukan teras.

Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah FGV menjelaskan, perancangan pelaburan itu tidak pernah mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelaburan FGV berikutan nilai pertumbuhan kerjasama berkenaan kepada FGV dan kebolehupayaan sinergi dengan perniagaan hiliran FGV tidak dapat ditentukan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Zakaria ArshadFGV
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

28/06/2022
0

Sejak beberapa hari ini, boleh dilihat PH berusaha untuk menjatuhkan kredibiliti FGV dan FELDA dengan pengumuman Mesyuarat Agung FGV untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd