• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAMA Bakal Keluar 5 Unit Agro Trak Model Baharu

oleh AK-47
22/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YAN – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan mengeluarkan lima trak model baharu yang dilengkapi sistem lebih moden bersaiz muatan lima tan untuk kegunaan usahawan yang menyertai Program Karavan Tani, kini dikenali sebagai Agro Trak.

Pengerusi FAMA, Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata ciri istimewa trak untuk usahawan yang ingin menjual produk pertanian mahupun Industri Kecil dan Sederhana (IKS) secara bergerak itu adalah ia mempunyai susun atur yang lebih tersusun dan kemas seperti di pasar raya.

“Sesiapa yang menjual sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, daging dan (produk) IKS boleh menyusun produk mereka macam susunan di pasar raya dan boleh bergerak di seluruh negara dan negeri,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan jualan khas pra-Syawal bagi pasar tani di bawah FAMA peringkat negeri di Guar Chempedak dekat sini yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi negeri, Datuk Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail.

Badruddin berkata dijangkakan pihaknya dapat melancarkan trak baharu itu dalam tempoh sebulan setengah dari sekarang setelah selesai proses mengenal pasti model trak yang paling bersesuaian untuk menjual produk pertanian mahupun IKS.

Sementara itu, beliau berkata setakat ini terdapat seramai 250 usahawan Agro Trak di seluruh negara dan pihaknya menggalakkan lebih ramai golongan muda menjalankan perniagaan berkonsepkan trak kerana lebih efisien, bersih dan memberikan pulangan berganda.

“Mereka tidak perlu membuka kedai yang kita sedia maklum memerlukan kos yang banyak. Guna trak ini lebih mudah, mereka hanya membuat persediaan di rumah dari segi pembungkusan dan terus bergerak untuk menjual,” katanya. – BERNAMA

Tags: FAMATan Sri Badruddin Amiruldintrak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trak Bersama Lori Ditunda Terbalik, Kotak Berisi Tomato Berselerak Di Lebuh Raya

Trak Bersama Lori Ditunda Terbalik, Kotak Berisi Tomato Berselerak Di Lebuh Raya

09/03/2025
0

PENDANG: Sebuah trak tunda bersama sebuah lori rosak sedang ditarik terbabas dan terbalik menyebabkan puluhan kotak berisi buah tomato berselerak...

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd