• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Lagi Suspek Kes Buli Remaja Ditahan

oleh Ahmad Albab
12/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Polis menahan empat lagi lelaki bagi membantu siasatan kes seorang remaja yang dipercayai dibuli dan dipukul sehingga cedera parah oleh sekumpulan lelaki di Jalan Kaki Bukit di sini, awal pagi Sabtu.

Baca: Remaja Tanggung Azab Diculik, Dipukul Dan Diliwat

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata empat lelaki berusia 17 hingga 18 tahun termasuk dua pelajar tingkatan lima itu ditahan secara berasingan di sekitar negeri ini semalam.

Beliau berkata sebelum ini seorang lelaki ditahan pada Sabtu dan semasa siasatan awal, suspek mengaku terlibat dalam kejadian itu.

“Saya percaya polis dapat menyelesaikan kes itu secepat mungkin dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 2.10 pagi itu, dua mangsa berusia 18 dan 19 tahun sedang membeli burger sebelum terserempak dua lelaki dikenali mereka dan berlaku ejek mengejek yang berlarutan sehingga suspek menelefon enam lagi rakan.

Dua mangsa itu dipercayai dipukul menggunakan topi keledar serta ditumbuk dan ditendang oleh kumpulan berkenaan sebelum remaja berusia 19 tahun berjaya menyelamatkan diri dan memaklumkan kejadian tersebut kepada bapa saudaranya.

Anuar berkata mangsa berusia 18 tahun yang mengalami cedera parah masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan masih belum sedarkan diri serta dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Katanya berdasarkan pemeriksaan doktor pakar, terdapat kesan kecederaan pada dubur mangsa seperti dimasukkan objek tumpul dan sedikit kesan terbakar di belakang badan remaja lelaki itu.

Beliau berkata berdasarkan siasatan juga mendapati dua mangsa itu selalu menjadi mangsa buli semasa di sekolah oleh suspek-suspek yang juga rakan sekolah mereka.

“Empat remaja yang ditahan itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

Sementara itu bapa saudara mangsa R.Thiyagarajan, 50, memberitahu pemberita di sini hari ini mereka sekeluarga menggesa agar pihak berkuasa menyelesaikan segera kes itu agar pembuli mendapat hukuman setimpal kerana anak saudaranya yang parah masih belum sedarkan diri dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi HPP. – BERNAMA

Tags: kes buli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

‘Anak Alami Gegaran Otak Akibat Dibuli, Pelaku Tak Dikenakan Tindakan Atas Alasan Masih Bawah Umur…’ – Ibu Mangsa

‘Anak Alami Gegaran Otak Akibat Dibuli, Pelaku Tak Dikenakan Tindakan Atas Alasan Masih Bawah Umur…’ – Ibu Mangsa

18/08/2025
0

JOHOR: "Anak saya mengalami masalah gegaran otak akibat buli hingga keluarga kami berdepan pelbagai kesulitan, tetapi pelaku tidak diambil tindakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd