Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

SPR Kena Sediakan Undi...

PASIR GUDANG : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mewujudkan satu kaedah undi pos...

Video: ‘Alahai Orang Macam...

BERANG menunggu terlalu lama untuk dapat rawatan, seorang lelaki mula hilang sabar dan...

Yusoff Rawther Alu-Alukan Saman...

PETALING JAYA - Muhammed Yusoff Rawther berkata, beliau mengalu-alukan saman yang difailkan terhadap...

Peralatan Radar Ketenteraan Hilang...

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap pihak...

‘Drive Thru’ Ponteng Puasa Ke Tu?

IPOH – Kehadiran beberapa kereta yang menunggu ‘drive thru’ pada waktu tengah hari di hadapan sebuah restoran terkenal di bandar ini telah menimbulkan tanda tanya orang ramai.

Lapor Peraktoday, tinjauan sekitar jam 12 tengah hari pada Rabu minggu lalu mendapati beberapa buah kenderaan sedia beratur panjang menanti tempahan ‘menu istimewa’ dari restoran ini.

Menerusi gambar, kelihatan pelayan restoran menghantar bungkusan ke dalam setiap kereta yang sedia dan sabar menanti itu.

Kebanyakan pelanggan dikatakan hanya perlu menanti ‘juadah istimewa’ dan tidak perlu keluar dari kenderaan masing-masing apabila pekerja kedai tersebut sudah bersedia dengan bungkusan tersebut.

Difahamkan situasi ‘misteri’ ini bukannya kali pertama dan dikatakan semakin mendapat sambutan apabila tiba bulan Ramadan.


Adakah ini fenomena ponteng puasa? Mungkin pihak berwajib boleh meninjau lokasi dan memantau keadaan ini.

Menurut netizen, restoran itu dimiliki lelaki berbangsa Cina yang menjual hidangan Nasi Kandar Ayam Merah serta Nasi Ganja yang juga merupakan menu terlaris di premis itu.

Ia sering dikunjungi beberapa pelanggan berbilang kaum dan pelbagai latar belakang agama setiap hari. – MYNEWSHUB.CC

Kategori