• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr. Ting Fail Saman Pemula Cabar ADUN Pujut

oleh AK-47
07/06/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Bekas ahli dewan undangan negeri DAP kawasan Pujut, Dr Ting Tiong Choon hari ini memfailkan saman pemula di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini bagi perisytiharan sebagai batal dan tidak sah, usul Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 12 Mei yang membatalkan kelayakannya sebagai ADUN.

Dr Ting menamakan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar sebagai defendan pertama, Menteri Kewangan Kedua Sarawak Datuk Seri Dr Wong Soon Koh sebagai defendan kedua, Dewan Undangan Negeri Sarawak, Kerajaan Sarawak, dan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai defendan ketiga, keempat dan kelima.

Pendengaran permohonan Ting ditetapkan 10 Julai, jam 9 pagi.

Ting, diwakili pasukan lapan peguam diketuai peguam kanan Chong Siew Chiang memohon perisytiharan bahawa perlucutan kelayakannya sebagai ADUN Pujut yang dipilih sewajarnya oleh defendan pertama, berikutan usul menteri yang dibawa oleh defendan kedua pada 12 Mei dan diluluskan oleh persidangan dewan negeri dan Speaker adalah batal dan tidak sah dan tiada membawa kesan kerana ia melanggar undang-undang.

Pengerusi DAP Sarawak DAP Chong Chieng Jen, ketika ditemui pemberita di perkarangan mahkamah berkata satu perisytiharan bahawa prosiding dan keputusan dewan undangan negeri itu yang membawa kepada hilang kelayakan plaintif tidak kebal dari semakan mahkamah.

Beliau berkata perlucutan kelayakan plaintif adalah bertentangan dengan peraturan keadilan asasi dan juga melanggar perlembagaan Negeri Sarawak, khususnya Artikel 17(1)(g) di dalamnya dan/atau Artikel 118 Perlembagaan Persekutuan dan/atau Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan.

“Perlucutan kelayakan Dr Ting hanya boleh dibuat menerusi Petisyen Pilihan Raya dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang telahpun habis dirujuk sebelum keputusan dewan undangan negeri,” kata beliau.

Pada 12 Mei, Dr Ting hilang kelayakan sebagai Adun Pujut selepas usul di sidang dewan negeri dibentangkan bagi melucut kelayakannya kerana dikatakan mendapatkan kewarganegaraan Australia pada 2012. – BERNAMA

Tags: Adun PujutDr Ting
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiong Choon Hilang Kelayakan Sebagai ADUN Pujut

11/02/2020
0

SHAH ALAM - Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak untuk membatalkan kelayakan Dr Ting Tiong Choon...

DUN Sarawak Akan Merayu Keputusan Mengenai Pujut

20/06/2017
0

KUCHING - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan memfailkan notis untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching bahawa pemecatan Dr....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd