• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DUN Sarawak Akan Merayu Keputusan Mengenai Pujut

oleh AK-47
20/06/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan memfailkan notis untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching bahawa pemecatan Dr. Ting Tiong Choon sebagai ADUN Pujut adalah tidak sah dan batal.

Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata langkah itu penting kerana terdapat keperluan untuk menentukan dengan tahap kejelasan yang lebih tinggi sempadan kuasa perlembagaan antara Kerajaan iaitu Badan Perundangan dan Badan Kehakiman yang merupakan satu keperluan untuk Demokrasi berfungsi.

Beliau berkata penghakiman yang lebih berwibawa daripada mahkamah yang lebih tinggi mengenai perkara yang penting ini adalah perlu sama ada campurtangan kehakiman pada prosiding DUN adalah dibenarkan di bawah doktrin pengasingan kuasa antara pelbagai cabang kerajaan.

Pada 12 Mei, Dr. Ting dilucut kelayakan sebagai ADUN Pujut selepas satu usul yang dibentang oleh Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh diluluskan dengan undian 70-10 dalam DUN kerana beliau didakwa mempunyai dua kerakyatan (Malaysia dan Australia).

Bagaimanapun, Sabtu lepas, 10 hari selepas Dr. Ting memfailkan saman pemula untuk mencabar keputusan dewan undangan negeri, hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Douglas Cristo Primus Sikayun memutuskan bahawa keputusan Dewan Undangan Negeri melucut kelayakan Dr. Ting sebagai ADUN Pujut, adalah menyalahi undang-undang.

Sharifah berkata Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa DUN telah bertindak melangkaui batas perlembagaan apabila meluluskan usul untuk melucut kelayakan ADUN walaupun peruntukan Perkara 19(1) Perlembagaan Negeri mengisytiharkan bahawa apa-apa keputusan DUN seumpama itu adalah muktamad.

Beliau berkata mahkamah tinggi juga tidak mengeluarkan interpretasi muktamad berhubung Perkara 17(l)(g) Perlembagaan Negeri mengenai kehilangan kelayakan dipilih sebagai ADUN apabila seseorang memperoleh kewarganegaraan asing.

“…mahkamah lebih tinggi boleh membuat interpretasi ini sebagai panduan kepada semua bahan awam berkaitan termasuk Suruhanjaya Pilihanraya dan calon-calon pilihann raya, sama ada seseorang itu masih layak untuk dipilih sebagai wakil dalam DUN apabila dia memperoleh kewarganegaraan negara lain tanpa mengira sama ada dia menolak kewarganegaraan itu,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan oleh Mahkamah Rayuan menghenai isu ini bukan sahaja akan menentukan sama ada Wakil Pujut perlu mengosongkan kerusinya dalam DUN di bawah Perkara 18(2)(a) Perlembagaan Negeri, tetapi yang lebih penting, keputusan ini akhirnya akan mengelakkan kontroversi pada masa depan mengenai sempadan kuasa perlembagaan antara Badan Perundangan dan Badan Kehakiman.

“Notis Rayuan akan difailkan oleh Peguam Besar Negeri bagi pihak DUN dalam tempoh yang ditetapkan mengikut Kaedah-kaedah Mahkamah yang berkaitan,”kata beliau. – BERNAMA

Tags: Adun Pujut
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tiong Choon Hilang Kelayakan Sebagai ADUN Pujut

11/02/2020
0

SHAH ALAM - Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak untuk membatalkan kelayakan Dr Ting Tiong Choon...

ADUN Pujut: DUN Sarawak Perlu Beri Perhatian Serius

19/06/2017
0

KUCHING - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini diminta supaya memberi perhatian serius terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching semalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd