• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cukai Pelancongan Bermula 1 Julai – Nazri

oleh Ahmad Albab
09/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Cukai Pelancongan yang akan menyaksikan kadar antara RM2.50 dan RM20 untuk penginapan semalam, akan tetap diteruskan mulai 1 Julai ini, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau sekali gus menolak laporan sebuah portal berita bahawa pelaksanaan cukai berkenaan mungkin ditangguhkan.

“Warta (Cukai Pelancongan) ini automatik, mengikut prosedur negara apabila dilulus oleh Parlimen maka pewartaan itu automatik…jadi yang berkuasa dalam melakukan undang-undang ialan Parlimen dan pewartaan itu hanya formaliti saja.

“Kalau nak kata belum warta, itu betul, tapi bukan boleh menghalang kehendak anggota Parlimen kita yang telah sebulat suara meluluskan kerana cukai ini akan dilaksanakan, dan pasti akan dilaksanakan. Jadi sasaran kita ialah 1 Julai,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan ‘Perfect China Seminar – The New Beginning’ di sini malam ini.

Anggota Parlimen Padang Rengas itu berkata pelaksanaan kutipan cukai akan mula dikenakan terhadap hotel dan rumah penginapan yang berdaftar.

Pada sidang Parlimen yang lepas, Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017, yang dibentangkan Mohamed Nazri, diluluskan dengan undian majoriti.

Ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Mohamed Nazri berkata Cukai Pelancongan itu dianggarkan mampu memberi kutipan sebanyak RM654.62 juta sekiranya kadar penginapan bermalam bagi keseluruhan 11 juta bilik di negara ini mencapai 60 peratus.

Terdahulu, berucap di hadapan 3,500 perwakilan Perfect China dari China, Mohamed Nazri berkata menganjurkan acara di Malaysia adalah selaras dengan aspirasi kerajaan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) untuk meletakkan negara ini sebagai hab pilihan acara berkaitan perniagaan atau Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE).

“Malah, semua delegasi Perfect China kini adalah duta pelancongan Malaysia. Kami berharap anda akan menggunakan sepenuhnya lawatan ini dan merasai pengalaman keajaiban di Malaysia dan membawa pulang kenangan manis sepanjang berada di negara ini,” kata menteri berkenaan.

Beliau berkata sepanjang 23 tahun penubuhan Perfect China, ia telah melaksanakan lebih 80 insentif lawatan ke luar negara dan sejak 2011 telah menganjurkan program seumpama itu ke Malaysia. – BERNAMA

Tags: CukaiDatuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Tidak Pernah Bincang Tentang Pengenalan Cukai Langganan ChatGPT – Fahmi

Kerajaan Tidak Pernah Bincang Tentang Pengenalan Cukai Langganan ChatGPT – Fahmi

31/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah membincangkan cadangan pengenalan cukai langganan ChatGPT seperti diperkatakan di media sosial, kata Menteri Komunikasi,...

Kalau Tak Bayar Cukai, Geledah Dan Ambil Tindakan – PM

Kalau Tak Bayar Cukai, Geledah Dan Ambil Tindakan – PM

01/03/2024
131

CYBERJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) perlu terus bersikap tegas dan berani dalam 'memburu' pembayar cukai yang culas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd