• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadang Penubuhan Majlis Bekas Ketua Polis Negara

oleh AK-47
15/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMUR – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyarankan kepada kerajaan supaya menubuhkan sebuah Majlis Bekas Ketua-Ketua Polis Negara bagi membantu memperkasakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam berdepan pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi pasukan itu.

Menurut Musa, beliau yakin dengan kewujudannya, bekas-bekas Ketua Polis Negara sedikit sebanyak dapat membantu PDRM berdepan pelbagai cabaran terbabit khususnya melibatkan fitnah dan hasutan yang memburukkan imej pasukan itu.

“Sebagai bekas Ketua Polis Negara, kesemua mereka masih rasa bertanggungjawab untuk memastikan organisasi PDRM terus diyakini rakyat sebagai barisan hadapan menjaga kestabilan dalam negara serta mengekang aktiviti jenayah dari terus berleluasa.

“Majlis berkenaan akan bertindak memberikan penjelasan dan mempertahankan imej polis kerana kita percaya PDRM tetap kuat dan melaksanakan amanah negara dengan penuh integriti dan ketegasan,” katanya dalam satu kenyataan media yang disiarkan oleh Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hari ini.

Musa dalam kenyataan itu turut membidas segelintir pihak mengambil kesempatan daripada kewujudan media sosial untuk membuat fitnah, menghasut serta memperlekeh tugas polis sehingga membuatkan keyakinan rakyat terhadap pasukan beruniform itu tergugat.

Menurut beliau, pihak terbabit sengaja menggunakan rakaman video yang disebarkan ke media sosial untuk menunjukkan PDRM beradaa dalam keadaan yang buruk sedangkan kejadian sebenar berbeza daripada apa yang disebarkan.

“Integriti dan kekuatan PDRM akan terus dipertahankan melalui penubuhan majlis berkenaan,” kata Musa. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Tan Sri Musa Hassan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tangkapan Ke Atas Perusuh Insiden Kuil Wajar Dibuat Besar-Besaran

20/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Tindakan menangkap perusuh yang terbabit dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang...

Musa Hassan Setuju Pasukan Khas Dibubarkan

30/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan bersetuju dengan pembubaran tiga pasukan khas di bawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd