• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bulu Mata LED Unik Macam Lampu Kelip Kelip

oleh
25/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

STOCKHOLM – Anda mungkin sudah biasa dengan light-emitting diode (LED) yang kini lazim terdapat pada kebanyakan televisyen atau skrin telefon bimbit.

Namun bagaimana pula dengan bulu mata LED? Itulah antara ciptaan teknologi terbaharu Sweden yang sedang mendapat perhatian dalam dunia teknologi, dipanggil F.Lashes.

Ia dicipta oleh seorang pereka produk kecantikan berasaskan teknologi bernama Tien Pham. Lihat rakaman video di bawah ini untuk mendapatkan gambaran sebenar produk tersebut.

Bayangkan, teknologi canggih ini bakal membolehkan anda tidak lagi perlu mengenakan maskara tebal pada bulu mata anda untuk mendapatkan kesan tertentu pada mata anda.

Mungkin tidak lama lagi anda boleh menggunakan bulu mata LED ini untuk kelihatan menawan, kerana bulu mata anda bukan sahaja bersinar terang, malah ia juga berkelap-kelip.

Tidak mustahil, suatu hari nanti, bukan rumah-rumah orang Melayu sahaja yang akan berkelap kelip sempena Syawal. Malah bulu mata anda juga akan ada lampu ‘lip lap’ mini tersendiri seperti itu.

Laman sesawang Digit.in melaporkan, bulu mata LED ini terdapat dalam tujuh warna, iaitu merah jambu, merah, biru, biru muda, putih, kuning dan hijau tetapi harganya tidak dinyatakan buat masa ini

Lampu LED mata bulu mata itu juga boleh bergerak mengikut pergerakan kepala anda. Jika anda menari, ia akan berkelap kelip. Pendeknya ia cukup bijak untuk mengikut pergerakan tubuh anda.

Ia disambungkan kepada bateri yang kecil yang diletakkan di bahagian belakang kepala pengguna dan ada suis hidup/mati. Bateri F.Lashes buat masa ini boleh bertahan selama empat jam! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: lampuLEDmata
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Kampung Wajib Jadi Mata Dan Telinga Kerajaan – Nga Kor Ming

Ketua Kampung Wajib Jadi Mata Dan Telinga Kerajaan – Nga Kor Ming

24/04/2026
0

IPOH - Ketua Kampung Baru Cina diseru memainkan peranan sebagai mata dan telinga kerajaan serta sentiasa turun padang bagi menyelesaikan...

JDT Sumbang 21.500 Mata Untuk MA Ranking Malaysia

JDT Sumbang 21.500 Mata Untuk MA Ranking Malaysia

21/04/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menyumbang 21.500 mata buat MA Ranking Malaysia untuk musim 2025-26....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd