• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Tak Pegang Falsafah Ekonomi Kapitalisme Terbuka

oleh AK-47
07/06/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Kerajaan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak berpegang kepada falsafah ekonomi kapitalisme terbuka, sebaliknya mengamalkan konsep campur tangan kerajaan secara membina dan konstruktif, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri menegaskan pendekatan sedemikian penting bagi memastikan bantuan dapat diberikan bukan secara pukal tetapi bersasar khususnya kepada individu dan keluarga yang memerlukan bantuan.

“Jika kita senaraikan bantuan yang telah atau sedang diberikan kerajaan, maka amat jelas kerajaan kita adalah kerajaan yang mementingkan kebajikan rakyat sepanjang masa.

“Inilah kerajaan kita dipimpin UMNO dan BN di mana kita tidak membiarkan ekonomi negara kita terus berkembang di mana yang kuat akan lebih berjaya, maka yang kaya akan terus menjadi lebih kaya dan menyebabkan jurang pendapatan semakin melebar,” katanya ketika berucap pada Program Jom Bantu Rakyat dan Ziarah Kasih Ramadan Al Mubarak Yayasan Tabung Haji Malaysia 2017 Parlimen Bukit Gantang di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd Kadir, Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Najib berkata kerajaan melancarkan pelbagai program bantuan sebagai usaha membantu rakyat terutama mereka daripada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

Perdana menteri memberi contoh program Jom Bantu Rakyat hari ini iaitu bantuan berupa rumah baharu diberikan kepada dua penerima yang kurang berkemampuan

“Program ini dijalankan di seluruh negara melibatkan peruntukan sebanyak RM19 juta dan daripada jumlah itu RM8 juta adalah sumbangan UMNO, RM4 juta oleh kerajaan pusat dan RM7 juta merupakan duit zakat Tabung Haji ” katanya.

Katanya, program itu akan diperluaskan ke seluruh negara dan banyak lagi mereka yang memerlukan akan menerima bantuan.

Perdana menteri berkata Yayasan Tabung Haji turut menyalurkan bantuan menggunakan wang zakat kepada golongan asnaf.

“Tidaklah Tabung Haji menggunakan duit Tabung Haji (duit rakyat) untuk membantu rakyat seperti yang didakwa pembangkang, sebaliknya memberi bantuan menerusi zakat di atas keuntungan (Tabung Haji),” katanya.

Pada majlis itu, Najib turut melancarkan Projek Lampu Jalan Kampung Fasa Lapan (LJK8) peringkat negeri Perak meliputi 24 kawasan Parlimen di negeri itu.

Beliau berkata kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM250 juta bagi memasang 422,133 lampu jalan kampung di seluruh negara.

Dalam pada itu, Najib mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.2 juta bagi pembinaan Dewan Taman Mewah Fasa 2 dan dua surau di kawasan Parlimen Bukit Gantang. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

06/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Najib Razak mempersoalkan mengapa bekas Perdana Menteri itu dijadikan fokus kempen oleh Pakatan Harapan (PH)...

Najib Memudaratkan Negara, Telan Berbilion Wang – Pemuda PH

Najib Memudaratkan Negara, Telan Berbilion Wang – Pemuda PH

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong mendakwa MCA tidak seperti DAP yang lantang menyuarakan banyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd