Tuesday, May 14, 2024

Creating liberating content

Zahid Beri Keterangan Kali...

PUTRAJAYA - Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di ibu...

Penduduk Sarawak Digesa Bekerja...

KUCHING - Semiconductor foundry X-FAB Sarawak, satu daripada 10 syarikat pembuatan utama di...

Isu Perpaduan Sentiasa Jadi...

TAWAU - Isu perpaduan tetap dan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dalam memastikan keharmonian...

FAM Perlu Diterajui Individu...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu diterajui individu yang mempunyai pengetahuan...

Awas Apps Al-Quran Dengan Ayat Tidak Tepat

RIYADH – Sesetengah aplikasi al-Quran mudah alih didapati tidak tepat dan umat Islam perlu berhati-hati apabila memuat turun dan menggunakan kandungannya menerusi gajet pintar.

Demikian diumumkan oleh para pegawai dari Liga Muslim Sedunia setelah menerima beberapa kiriman e-mel yang mengadu terdapat pelbagai kesilapan dalam sesetengah ayat suci kitab itu, lapor laman berita Saudi Gazette.

Aplikasi sedemikian malah dihasilkan oleh sumber yang tidak dikenal pasti sekali gus sukar memastikan sama ada seluruh is ‘kitab’ al-Quran tersebut sudah disemak sahih oleh jawatankuasa teks dan pakar bertauliah rasmi.

Justeru berikut disenaraikan aplikasi dan lelaman sesawang yang diluluskan oleh Pertubuhan Penghafalan al-Quran Antarabangsa, menurut portal Saudi Gazette sebagai rujukan umat Islam di seluruh dunia:

. Almadina Al-Munawwarah Quran
· Quran flash: www.quranflash.com
· The Holy Quran App dibiayai Sheikh Saad Almousa dan Sheikh Abdulaziz Almousa
· Bayan Quran
· Electronic Quran by King Saud University: www.quran.ksu.edu.sa


– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori