• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH128: Suspek Warga Sri Lanka Didakwa Hari Ini

oleh AK-47
01/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki warga Sri Lanka akan didakwa di Mahkamah Majistret Melbourne, hari ini atas kesalahan mengancam untuk meletupkan pesawat Malaysia Airlines MH128.

Portal 9news melaporkan lelaki berusia 25 tahun itu yang tinggal di pedalaman Dandenong bakal menghadapi dua pertuduhan mengikut Akta Jenayah Penerbangan tetapi tidak menganggapnya sebagai insiden keganasan.

Ketua Pesuruhjaya Polis Victoria, Graham Ashton berkata, lelaki itu akan dituduh cuba menceroboh kokpit dengan mendakwa mempunyai bom sebaik pesawat berlepas dari Melbourne menuju Kuala Lumpur, lewat malam tadi.

Menurutnya, siasatan polis mendapati lelaki itu baru keluar daripada pusat psikiatri di Melbourne, Australia.

“Dia memasuki pusat itu secara sukarela dan tiada apa yang dapat menghalangnya daripada meninggalkan pusat psikiatri itu,” katanya.

Suspek dikatakan bekerja sebagai pelatih tukang masak dan tinggal di Australia menggunakan visa pelajar.

Penerbangan dari Melbourne ke Kuala Lumpur berpatah balik ke Lapangan Terbang Melbourne sebaik sahaja berlepas malam Rabu selepas seorang penumpang mendakwa memiliki bahan letupan mahu memasuki kokpit.

Pesawat yang membawa 337 penumpang termasuk anak kapal selamat mendarat dan suspek itu dibawa keluar dari pesawat oleh pihak keselamatan lapangan terbang. – MYNEWSHUB.CC

Tags: MH128Suspek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

01/09/2025
0

Ipoh: Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam letupan sebuah premis perniagaan di Panorama Lapangan Perdana, di...

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

27/08/2025
0

Ipoh: Polis sedang mengesan seorang suspek disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan penemuan mayat seorang lelaki di lorong berhampiran Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd