• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Terima Sebuah Lagi Kapal Peronda Dari Jepun

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini menerima satu lagi kapal peronda pesisir pantai dari Jepun yang dinamakan KM Arau dan bakal ditempatkan di Sabah bagi meningkatkan keupayaan operasi agensi itu di negeri ini.

Pengarah APMM Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata KM Arau sepanjang 87 meter itu adalah kapal kedua yang dihadiahkan oleh kerajaan Jepun kepada APMM, selepas KM Pekan yang telah ditempatkan di Kuantan, Pahang dan telah mula beroperasi pada 21 April lepas.

“KM Arau akan menjadi kapal terbesar APMM di Sabah dan sudah tentu ia akan memainkan peranan besar untuk mempertingkatkan lagi keupayaan operasi di seluruh perairan Sabah, khususnya di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

“Sebelum beroperasi di Sabah, KM Arau akan meneruskan pelayaran ke Pelabuhan Klang pada Jumaat ini untuk tujuan pelancaran kapal berkenaan di sana,” katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan KM Arau di Jeti Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar, dekat sini hari ini.

Sementara itu, Pegawai Memerintah KM Arau, Kapten Maritim Saiful Lizan Ibrahim berkata beliau bersama 24 kru daripada APMM belayar dari Enoshima, Jepun sejak 31 Mei lepas dan memakan masa selama tujuh hari untuk sampai ke Sabah.

“Syukur kami telah selamat tiba di sini (Jeti TLDM Sepanggar) dengan keadaan yang baik setelah mengharungi pelayaran selama tujuh hari dari Enoshima, Jepun.

“Dalam pelayaran itu kami juga dibantu seramai 13 kru yang terlatih daripada agensi yang telah dilantik oleh kerajaan Jepun. Sepanjang pelayaran itu mereka banyak membantu dan memberi tunjuk ajar untuk mengendalikan kapal ini,” katanya.

Beliau berkata sebelum belayar ke Malaysia, beliau bersama 24 lagi kru telah tiba di Jepun pada 16 Mei lepas dan menjalani latihan penyesuaian kapal, cara pengendalian sistem, peralatan dan jentera kapal berkenaan selama dua minggu.

“Selepas menjalani latihan itu, kami semua telah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk berhadapan dengan apa sahaja kemungkinan termasuk cuaca buruk. Pada hari ketiga pelayaran, kami dilanda cuaca buruk di selatan perairan Jepun sehingga memasuki di perairan Sabah.

“Alhamdulillah kapal ini terbukti berjaya menghadapi cuaca buruk dan kru juga berjaya mengawal emosi dan kesihatan masing-masing sehingga hari ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: APMMjepun
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

Lelaki Berpakaian Ala Tentera Jepun, Bersenapang Cetus Kebimbangan Penduduk Kepong

Lelaki Berpakaian Ala Tentera Jepun, Bersenapang Cetus Kebimbangan Penduduk Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Penduduk di beberapa kawasan sekitar Kepong dilaporkan berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas tular dakwaan mengenai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd