• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Tahan 2 Bot Disyaki Terlibat Aktiviti Bom Ikan

oleh Ahmad Albab
15/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot pam disyaki digunakan untuk aktiviti bom ikan berdekatan Pulau Gaya, dekat sini semalam.

Pengarah APMM Daerah Maritim Kota Kinabalu, Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata bot berkenaan ditahan kira-kira 6.35 petang, ketika bot ronda APMM melakukan Operasi Sejahtera di perairan berkenaan.

“Semasa Bot Ronda Maritim Malaysia cuba menghampiri dan memintas, kedua-dua bot pam berkenaan memecut laju dan melarikan diri masuk ke kawasan pesisir pantai yang berbatu di Pulau Gaya. Kelihatan awak-awak membuang sesuatu objek seperti botol ke laut serta terjun ke laut dan berjaya meloloskan diri,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan terhadap kedua-dua bot berkenaan menemukan pelbagai jenis ikan dianggarkan seberat 140 kilogram serta peralatan yang dipercayai digunakan untuk tujuan pengeboman ikan.

Sementara itu, Adam berkata pihaknya sangat memandang serius kegiatan menangkap ikan menggunakan kaedah bom dan operasi secara berterusan akan dilakukan bagi membendung gejala itu

“Sehubungan itu, saya meminta komuniti maritim khususnya di daerah ini terus memberi maklumat berkenaan aktiviti pengeboman ikan bagi memastikan perairan kita bebas daripada sebarang aktiviti jenayah khususnya membabitkan pengeboman ikan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bom Ikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Paskal Maut Terkena Bom Ikan

07/02/2019
0

SEORANG anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) maut selepas terkena bom ikan di Sungai Pengkalan Merbau, Sungai Tong pada 5.45 petang...

Lelaki Maut Dipercayai Terkena Bom Ikan Buatan Sendiri

14/08/2018
0

KENINGAU – Seorang lelaki tempatan maut serta merta manakala rakannya cedera parah dipercayai terkena bom ikan buatan sendiri di Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd