• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Paskal Maut Terkena Bom Ikan

oleh
07/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) maut selepas terkena bom ikan di Sungai Pengkalan Merbau, Sungai Tong pada 5.45 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Zulkifli Mat Deris berkata mangsa dikenali sebagai Nur Kamarul Adnan Abdul Aziz, 32, bertugas di pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak, pergi ke sungai itu kira-kira 3 petang bersama tiga anggota keluarganya, Nur Muhaimin, 35, Amirul Hakimi, 20, dan adik iparnya Mohd Rohadi Ruslan, 30, untuk menangkap ikan.

“Mangsa bersama tiga ahli keluarga turun ke sungai tersebut dengan menaiki sampan…selepas 15 minit menaiki sampan ke hilir sungai, mangsa memberitahu ahli keluarganya yang lain supaya meninggalkannya di tebing sungai dan menyuruh mereka menunggu dan memasang pukat di hilir sungai.

“Setelah memasang pukat di hilir sungai, ketiga-tiga ahli keluarga mangsa terdengar satu letupan kuat dan bertindak memanggil nama mangsa namun tidak menjawab.

“Apabila pergi ke tempat mangsa ditinggalkan, mereka mendapati mangsa terbaring dengan kecederaan di bahagian perut, muka serta kedua-dua tangan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Menurut Zulkifli, ahli keluarga mangsa membawa Nur Kamarul ke Klinik Kesihatan Sungai Tong dan anggota Paskal itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Tags: Bom Ikanpaskal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pusat Latihan Paskal Bakal Terbaik Di Rantau Ini

17/11/2018
0

LUMUT - Pusat latihan Pasukan Khas Laut (Paskal) yang kini siap dibina di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di...

Tiada Ancaman Sepanjang Penggambaran Paskal

23/09/2018
0

LUMUT - Pasukan Khas Laut (Paskal) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menegaskan tiada sebarang ancaman dialami sepanjang penggambaran filem Paskal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd