• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggap Nga Kor Ming ‘Salah Alamat’ – BN Perak

oleh AK-47
05/06/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Tindakan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming meminta Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menjawab isu pemindahan pengundi disifatkan sebagai ‘salah alamat’.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad berkata urusan mengenai pendaftaran mahupun perpindahan pengundi adalah proses yang dibuat melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan tidak melibatkan Menteri Besar mahupun Barisan Nasional (BN).

“Sebagai pemimpin politik, Nga sepatutnya tahu proses pendaftaran dan perpindahan pengundi termaktub dalam perlembagaan dan SPR akan membuat pameran setiap suku tahun daftar pemilih bagi tujuan bantahan.

Persoalannya, adakah Nga tidak tahu atau tidak pernah mahu ambil tahu soal bantahan sewaktu daftar pemilih dipamerkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan Nga sebelum ini yang meminta penjelasan BN dan Zambry mengenai pemindahan pengundi di beberapa kawasan di Perak.

Menurut Saarani proses belah bahagi yang telah diwartakan pada tahun lalu oleh SPR berdasarkan peruntukan undang-undang, turut menyebabkan pergerakan pengundi khususnya perubahan daerah mengundi.

“Ini melibatkan pengundi tanpa mengira penyokong mana-mana parti dan proses ini dilakukan oleh SPR dalam usaha memperbetulkan sempadan pilihan raya. Malah, DAP juga telah dimaklumkan mengenai perkara ini,” katanya.

Saarani turut menasihati Nga supaya tidak bermain ‘baling batu sembunyi tangan’ selepas DAP sering menggunakan fitnah dan tohmahan terhadap pihak lain bagi menutup ‘kejahatan’ yang dilakukan mereka. – BERNAMA

Tags: DAPDatuk Saarani MohamadNga Kor Ming
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Mahu Masuk Dalam Buku Sejarah? Buat Malu Anak-Anak Kita Saja – Ridhuan Tee

DAP Mahu Masuk Dalam Buku Sejarah? Buat Malu Anak-Anak Kita Saja – Ridhuan Tee

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan penganalisis politik, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan cadangan supaya jasa dan sumbangan DAP dimasukkan...

Wanita UMNO Melaka Tolak Dakwaan Melayu Semakin Terima Perjuangan DAP

Wanita UMNO Melaka Tolak Dakwaan Melayu Semakin Terima Perjuangan DAP

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Wanita UMNO Kota Melaka membidas dakwaan Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong konon DAP Melaka mencipta sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd