• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ancaman Al Syabab Sukarkan Misi TV Alhijrah Di Mogadishu

oleh Ahmad Albab
05/06/2017
dalam Alhijrah Frenz, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK pembunuhan menteri kabinet dalam kerajaan Somalia, Abbas Abdullahi Syeikh Siraji, awal bulan lalu, suasana di Mogadishu kembali tegang.

Abbas Abdullahi menteri termuda Somalia, ditembak mati pada 4 Mei lalu.

Minggu lalu, pada 24 Mei, letupan bom pengganas membunuh lima penduduk awam dan mencederakan 12 yang lain di Puntland, utara Somalia.

Justeru, tidak hairanlah kehidupan harian di Mogadishu yang kini menjadi sasaran utama militan Al Syabab sentiasa dalam ketakutan.

Wartawan TV Alhijrah, Syafik Azman dalam pesanan Whatsapp memaklumkan: “Tiada ruang untuk leka. Di mana-mana bahaya serangan pengganas boleh berlaku. Banyak kejadian serangan pengebom bunuh diri dilaporkan. Pergerakan orang asing terdedah pada ancaman penembak curi. Kebebasan pergerakan kami sangat terhad.”

Syafik menyertai aktivis Islamic Relief Malaysia (IRM) ke Somalia dalam misi kemanusiaan menyalurkan bantuan rakyat Malaysia yang menyumbang pada Tabung Rayuan Afrika Timur yang dilancarkan April lalu.

Setakat ini IRM sudah menyalurkan bantuan RM200 ribu kepada empat negara timur Afrika yang dilanda kebuluran. Selain Somalia, turut menerima dana bantuan ini ialah Kenya, Sudan dan Ethiopia.

Di timur Afrika, 18 juta penduduk majoriti 90 peratus Islam sedang kebuluran. Enam juta adalah rakyat Somalia.

Ancaman militan Al Syabab menjadikan usaha menyalurkan bantuan semakin sukar. Tahun lalu, 11 aktivis kemanusiaan mati dibunuh di Somalia.

Manakala 11 daripada 18 wilayah di negara ini diisytiharjan sebagai zon tidak selamat. Trend penculikan juga meningkat.

Kawalan keselamatan di Somalia kini dibantu kehadiran 22 ribu Tentera Pengaman Kesatuan Afrika (AU). Bantuan AU dibawa masuk sejak operasi mengusir militan Al Shabab yang berjaya menguasai Mogadishu tiga tahun lalu.

Empat aktivis IRM diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Zairulshahfuddin Zainal Abidin akan meninjau Mogadishu selama seminggu bagi mengatur misi bantuan seterusnya ketika krisis kebuluran dijangka semakin memuncak.

Syafik dan misi IRM juga sedang berusaha mengedarkan Bubur Lambuk Go Global TV Alhijrah sebagai simbol kempen Rapatkan Saf sempena kehadiran Ramadan.

“Keadaan jalanan penuh bahaya. Pihak tentera keberatan membenarkan kami berada di tengah-tengah orang awam, tetapi kami akan berusaha untuk memastikan keadaan selamat untuk mengedarkan bubur lambuk,” katanya.

Dua hari di Mogadishu, kata Syafik: “Keadaan sangat tegang. Kami sentiasa dikawal pasukan bersenjata.”

Somalia mula bergolak pada 1991 dalam melalui tempoh perang saudara yang panjang. Persengkataan antara dua jeneral, Farah Aidid dan Hassan Mahadi menjerumuskan negara itu dalam krisis kemanusiaan terburuk di Afrika. – MYNEWSHUB.CC

Tags: MogadishuTV ALHijrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Netizen Kutuk TV AlHijrah Biadab Hina Najib

27/01/2019
0

CELUPAR... Ketika ramai penonton mula gelar TV AlHijrah sebagai TV AlFitnah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, wartawan stesen penyiaran...

CEO TV AlHijrah Pun Kena Letak Jawatan

08/07/2018
0

BERUNDUR... TV AlHijrah mengumumkan peletakan jawatan Datuk Haji Izelan Basar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) stesen penyiaran teresterial tersebut berkuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd