Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Terbuka Malaysia Hilang Seri...

KEJOHANAN Terbuka Malaysia 2015, bermula 31 Mac ini, mungkin hilang seri dan kemeriahannya...

Komuniti ASEAN Ditubuh Secara...

KUALA LUMPUR - Komuniti ASEAN ditubuhkan secara rasminya hari ini, dengan Malaysia selaku...

Tanpa PAS, PH Tetap...

KUALA LUMPUR - PAS pernah dituduh menjadi punca kepada pertelingkahan dalam Pakatan Rakyat...

Ujian RTK-Antigen Air Liur...

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan pemberian kit ujian pantas (RTK-Antigen) air liur...

Ambang PRU14: BN Akan Terus ‘Bangkit’

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ditemu bual tentang pendapat beliau dalam masa depan ekonomi dan politik Malaysia di ambang pilihan raya umum ke-14:

The Edge: Dalam pendapat anda bagaimanakah prestasi Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum (PRU) berikutnya?

Datuk Seri Johari Abdul Ghani: Ssya yakin BN akan terus meneraju kerajaan Malaysia selepas PRU14 nanti. Jika anda lihat pada piliharaya negeri Sarawak Mei tahun lalu dan pilihan raya kecil (PRK) di Kuala kangsar dan Sungai besar pada Jun 2016, meskipun terdapat banyak ‘bunyi-bunyi’ yang tudak menyenangkan, namun BN mengungguli dua pertiga undian majoriti di Sarawak serta memenangi pilihan raya di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Ramai yang mengatakan kali ini merupakan yang paling mencabar untuk BN setakat ini.

Jika kita lihat kepada sejarah sebelumnya, saya teringat pada masa BN terpaksa melalui fasa yang sukar pada tahun 90-an dahulu, terutama sekali selepas perletakan jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah mewujudkan gerakan Reformasi ketika itu. Ia juga merupaka masa apabila negara menghadapi krisis kewangan Asia. Pada masa itu, ada cakap-cakap yang mengatakan ‘ini merupakan ujian terbesar untuk BN’. Namun pendapat saya adalah, BN bangkit lebih berkuasa setiap kali ujian hebat berlaku oleh kerana kami sanggup belajar daripada kesilapan dan musibah yang menimpa. Saya yakin BN akan berterusan mendapat mandat daripada rakyat.

Beberapa pemimpin senior telah meninggalkan BN. Bagaimanakah perkara ini boleh memberi impak kepada parti?

Isu peninggalan dan kemasukan ke parti politik lain adalah perkara biasa di dalam negara demokratik.Apa yang berlaku dalam BN ini bukanlah sesuatu yang pelik; terdapat beberapa kes di mana ahli pembangkang meninggalkan parti mereka juga, termasuklah parti-parti baru seperti Parti Amanah Negara (PAN) dan PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Dalam negara berdemokrasi, menukar parti bukanlah petanda ‘ajal’ sesuatu parti politik itu; ia hanyalah demokrasi sihat. Kerana apa yang penting adalah rakyat berkuasa dalam memilih parti politik mana yang akan memimpin negara.

Sejak PRU terakhir pada tahun 2013, bagaimanakah prestasi BN dalam aspek mentadbir negara,dalam pendapat anda?

BN telah membuktikan buat sekian kalinya bahawa ia merupakan pilihan unggul rakyat dari segi membentuk kerajaan. Walaupun saya tidak nafikan terdapat sedikit kelemahan di dalam sistem;, namun secara keseluruhannya, walaupun terdappat pelbagai cabaran, BN akan masih mampu memberikan stabiliti politik dan terus memajukan ekonomi negara tanpa kegagalan.

Adakah isu-isu seperti 1MDB telah melemahkan kerajaan? Adakah anda merasakan ada bahagian yang kerajaan telah gagal laksanakan dengan baik?

Isu 1MDB diakui memang telah mencipta satu persepsi kurang baik, tetapi saya yakin kami akan mengatasinya dalam tempoh masa tertentu selagi kami fokus terhadap apa yang kami lakukan sekarang. Kerajaan telah sedia maklum tentang kelemahan 1MDB, terutama sekali dalam aspek bagaimana syarikat beroperasi. Seperti yang saya katakan tadi, 1MDB telah mendapat persepsi negatif oleh kerana pengurusan yang lemah, kegagalan pentadbiran korporat dan model perniagaan yang salah. Terdapat pengajaran dalam isu ini. Memang terdapat bahagian-bahagian di dalam sistem kerajaan yang boleh diperbaiki, namun prestasi kerajaan tidaklah terlalu buruk sehingga boleh dianggap gagal menguruskan negara.

Bagaiamanakah keadaan ekonomi sejak 2013?

Sehubungan dengan ekonomi dan faktor-faktor luaran yang melampau seperti ketidakstabilan harga komoditi, terutamanya harga minyak dunia, jangkaan peningkatan kadar faedah AS, China mengimbangi ekonomi domestiknya, Brexit, ketegangan geopolitik yang sedang berlaku di beberapa bahagian di dunia, kita masih dapat mencatatkan perkembangan ekonomi yang berterusan. Dari tahun 2013 hingga 2016, ekonomi terus merekodkan kadar pertumbuhan positif sebanyak 4.7%, 6%, 5% dan 4.2%. Untuk 2017, kami menjangkakan pertumbuhan KDNK menjadi lebih baik, iaitu 4% hingga 5%. Kami juga berjaya mempelbagaikan ekonomi kita, dengan sektor perkhidmatan membentuk 54% daripada ekonomi kita; 23% dalam pembuatan; 9% dalam sektor perlombongan, termasuk minyak dan gas; 8% dalam bidang pertanian; dan 4.5% dalam industri pembinaan. Dari segi pendapatan kerajaan, pada tahun 2013, pendapatan yang berkaitan dengan minyak adalah kira-kira 41% daripada jumlah hasil kerajaan, tetapi pada 2016, ia hanya 14%.


Dari jumlah perdagangan sebanyak RM1.4 trilion pada tahun 2013, kami telah berjaya berkembang menjadi RM1.5 trilion pada 2016 dengan apa yang hanya boleh digambarkan sebagai struktur dagangan yang pelbagai di seluruh produk dan pasaran, dan kami juga telah menjadikan negara kita terbuka kepada dunia. Setakat kepelbagaian perdagangan kami, China membentuk 16% daripada perdagangan; Kesatuan Eropah, kira-kira 10%; AS, pada 9.2%; Jepun, 8%; Dan Asean, yang terbesar, pada kira-kira 27%. Saya akan mengatakan bahawa walaupun terdapat persekitaran yang mencabar, prestasi kami amat baik dan saya sangat yakin bahawa kami akan terus maju sejajar dengan peningkatan prospek ekonomi global.

Adakah terdapat apa-apa langkah segera yang perlu diambil dalam pentadbiran negara?

Integriti, ketelusan dan pentadbiran yang baik merupakan kunci untuk membawa negara ini ke tahap seterusnya sebagai ekonomi membangun. Kami juga harus menguruskan perbelanjaan kerajaan agar setiap ringgit yang kami terima daripada pembayar cukai dapat dibelanjakan dengan produktif untuk pembangunan ekonomi dan negara. Selain itu, kami perlu memastikan jurang antara golongan yang kaya dan miskin, atau ketidak seimbangan pendapatan, akan dikurangkan dengan mengadakan pembangunan yang lebih menyeluruh. ‘Menyuluruh’ juga bermaksud kerajaan perlu lebih peka terhadap impak kenaikan harga rumah kepada rakyat sambil mengawal tekanan inflasi secara efektif. Kesemua ini akan menghasilkan persekitaran ekonomi yang bagus dan meningkatkan keyakinan pelabur untuk terus melabur di Malaysia sekaligus merangsang aktiviti ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan kepada rakyat.

Adakah anda merasakan Sabah dan Sarawak akan kekal menjadi negeri-negeri peti deposit keselamatan untuk BN?

Saya tidak percaya pada konsep ‘negeri-negeri peti deposit keselamatan’ dalam politik. Kita tidak sepatutnya mengambil kesempatan terhadap rakyat. Bagaimanapun, berdasarkan prestasi BN di dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, saya sangat yakin rakyat Sarawak dan Sabah akan terus memberikan mandat dan sokongan kepada BN.

Terdapat pendapat bahawa tanpa PAS dan dalam persekitaran pertempuran tiga-penjuru, tiada harapan untuk parti pembangkang memenangi pilihan raya seterusnya. Apakah pendapat anda?

Saya tidak tahu tentang komposisi pengundi di negara kita. Bagaimanapun, kita perlu mengakui bahawa kita sedang berdepan dengan generasi pengundi yang lebih sofistikated dan peka; yang mempunyai pandangan yang seiring dengan anak muda di seluruh dunia. Landskap politik di negara ini dan nasibnya akan dicipta dan ditentukan oleh pengundi. Parti politik tidak boleh mengambil kesempatan ke atas pengundi dan jangkaan mereka terhadap pemimpin semakin meningkat. Tidak kira sama ada kamu menghadapi pertempuran secara langsung ataupun tiga-penjuru, ianya bergantung sepenuhnya kepada kebolehan parti-parti tersebut dan para waklinya untuk meyakinkan pengundi.

Pada pendapat anda, adakah pihak pembangkang menawarkan alternatif?

Tidak mahu terlalu merendah diri, pada masa ini, pada pendapat saya, tiada tanda-tanda pihak pembangkang mampu untuk menawarkan apa-apa alternatif oleh kerana mereka kekurangan nilai perpaduan berbanding dengan BN. Saya tidak nampak pihak pembangkang akan menjumpai kata sepakat dalam siapa yang akan menjadi calon perdana menteri mereka sebelum PRU14. – MYNEWSHUB.CC

*Temubual ini telah diolah dan dialih bahasa daripada artikel bertajuk “Run-Up to GE14: Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Finance Minister II – BN always emerges stronger after a testing time” oleh The Edge.

Kategori