Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Sabah Dicadang Kaji Wujud...

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri Sabah dicadang melaksanakan kajian secara serius mengenai peluang...

Sekali Lagi, JAKIM Sahkan...

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sekali lagi mengesahkan produk Mee Segera Ramyeon-Samyang yang...

Disangka Patung, Bayi 5...

LONDON - Seorang lelaki berusia 63 tahun ditahan polis kerana menumbuk muka seorang...

Che Ta Mahu Saman...

AKIBAT difitnah tidak membayar gaji bekas pemandunya sebanyak RM2,000, pelakon Rozita Che Wan...

Aliran Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama

KUALA LUMPUR –  Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan petang ini berikutan semakin ramai warga kota yang mula pulang ke kampung masing-masing sempena sambutan Adilfitri yang dijangka Ahad ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata trafik direkodkan perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan iaitu dari Slim River ke Sungkai, Terowong Menora ke Kuala Kangsar dan Gua Tempurung ke Gopeng susulan peningkatan jumlah kenderaan.

“Keadaan trafik dijangka perlahan sehingga tengah malam ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata aliran trafik perlahan sebelum masuk Tol Gombak menuju ke Pantai Timur.


“Turut mengalami kesesakan sebelum terowong Genting Sempah sehingga kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Genting Sempah,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Kategori