• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Penggiat Aeronautik Berminat KLIA Aeropolis

oleh AK-47
16/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Sebanyak tujuh pelabur menunjukkan minat untuk melabur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Aeropolis, kata Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali.

“Terdapat tujuh peluang untuk melakukan rundingan akhir semasa Paris Air Show pada Isnin,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

“Kebanyakannya adalah syarikat Eropah. Tujuh syarikat itu adalah penggiat dalam bidang aeronautik.

“Saya tidak mengatakan bahawa saya akan memuktamadkan perjanjian bernilai berbilion dolar tetapi saya sedang mengusahakan perjanjian bernilai ratusan juta dolar,” kata Badlisham.

Beliau berkata MAHB akan mempromosikan KLIA Aeropolis semasa penyertaannya dalam Paris Air Show yang dijadualkan diadakan dari Isnin hingga Khamis minggu depan.

“KLIA Aeropolis mendapat perhatian kerana ia adalah projek sebenar dengan pelan pembangunan yang komprehensif,” katanya.

KLIA Aeropolis dilancarkan pada tahun lepas dan berpusat di sekitar kluster utama kargo udara dan logistik, penerbangan dan taman aeroangkasa, mesyuarat, insentif, persidangan, acara dan riadah.

Projek di kawasan seluas 100 kilometer persegi itu adalah antara teras strategik dalam pelan perniagaan lima tahun MAHB, Runway to Success 2020. – BERNAMA

Tags: Datuk Badlisham Ghazali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MAHB Bangunkan Terminal Baharu KLIA3

13/03/2018
0

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) merancang membangunkan terminal baharu dalam tempoh lima tahun akan datang memandangkan Lapangan...

Masalah Kelewatan Pengurusan Bagasi Selesai

18/03/2017
0

PUTRAJAYA - Masalah pengurusan bagasi yang menyebabkan kelewatan jadual penerbangan sektor pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd