• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masalah Kelewatan Pengurusan Bagasi Selesai

oleh AK-47
18/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Masalah pengurusan bagasi yang menyebabkan kelewatan jadual penerbangan sektor pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) hari ini telah dapat diatasi menjelang tengah hari.

Pengarah Urusan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) Datuk Badlisham Ghazali berkata pihaknya dimaklumkan masalah pengurusan bagasi itu berpunca daripada kekurangan tenaga kerja syarikat pengendalian darat, AeroDarat Services Sdn Bhd.

“Perubahan jadual kerja baharu syarikat terbabit yang menyebabkan jumlah pekerja mereka tidak mencukupi untuk menguruskan bagasi para penumpang pada hari ini,” katanya.

Ekoran itu, ia menyebabkan kelewatan antara 40 dan 50 penerbangan pagi, katanya.

“Keadaan telah kembali terkawal menjelang tengah hari,” katanya kepada Bernama mengulas gambar yang tular di media sosial menunjukkan keadaan di sebuah pusat pengumpulan bagasi kelihatan tidak terurus.

Badlisham berkata pihaknya telah mengambil tindakan segera dengan mengarahkan kakitangan MAHB untuk membantu AeroDarat dalam pengurusan bagasi yang tergendala itu, selain mendapatkan pertolongan dari para pekerja Malaysia Airlines.

Menurutnya, AeroDarat Services dipertanggungjawabkan untuk mengendali bagasi penumpang bagi lebih 30 syarikat penerbangan, manakala syarikat penerbangan yang lain, ia diuruskan oleh KL Airport Services Sdn Bhd (KLAS). – BERNAMA

Tags: Datuk Badlisham Ghazali
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MAHB Bangunkan Terminal Baharu KLIA3

13/03/2018
0

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) merancang membangunkan terminal baharu dalam tempoh lima tahun akan datang memandangkan Lapangan...

7 Penggiat Aeronautik Berminat KLIA Aeropolis

16/06/2017
0

SEPANG - Sebanyak tujuh pelabur menunjukkan minat untuk melabur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Aeropolis, kata Pengarah Urusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd