Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Mayat Tanpa Kepala Di...

KUALA LUMPUR - Pasukan keselamatan Filipina menjumpai satu mayat tanpa kepala yang disyaki...

Tempoh Kursus Asas Imigresen...

PORT DICKSON - Tempoh Kursus Asas Imigresen akan dilanjutkan daripada 42 hari kepada...

Pekerja Asing Bakal Dilindungi...

KEPALA BATAS - Kementerian Sumber Manusia dalam proses membolehkan pekerja asing mendapat perlindungan...

DUN Chini: Belum Boleh...

KUALA LUMPUR - Proses penamaan calon dan tatacara pengundian bagi Pilihan Raya Kecil...

600 Keluarga Pindah Di Taman Murni Sandakan

SANDAKAN – Seramai 600 keluarga yang terlibat dalam Program Penempatan Semula Perkampungan Air oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) sudah berpindah ke Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni di Batu 3 di sini.

Bagi fasa pertama program itu, tiga perkampungan air di daerah ini terlibat iaitu Mangkalinau, Cahaya Baru dan Muhibbah manakala fasa kedua melibatkan penduduk di perkampungan air Goodview dan Forest.

Ketua Pegawai Eksekutif ESSCom Noor Alam Khan Abdul Wahid Khan berkata Taman Murni Sandakan merupakan antara dua projek perintis dijalankan oleh agensi keselamatan itu di bawah program penempatan semula perkampungan air dalam kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Satu lagi projek adalah PPR di Semporna yang belum lagi diduduki, katanya pada Majlis Ramadan ESSCom Bersama Masyarakat di Taman Murni yang disempurnakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Elopura Datuk Au Kam Wah, semalam.

Penempatan semula penduduk di taman perumahan di bawah program itu susulan operasi bancian oleh ESSCom di lima perkampungan terbabit yang dijalankan pada Januari 2014.

Program ini dilaksanakan bagi menangani masalah perkampungan air atau setinggan dalam konteks keselamatan.


Dalam pada itu, Au dalam ucapannya berkata pihaknya menerima banyak permohonan menduduki rumah di Taman Murni yang mempunyai 1,000 unit rumah.

Katanya disebabkan PPR ini di bawah program khas ESSCom, hanya yang berada dalam senarai bancian yang dijalankan pada tiga tahun lepas layak tinggal di taman perumahan itu.

Beliau berkata pelaksanaan program penempatan semula perkampungan air itu menunjukkan ESSCom tidak hanya menumpukan kepada aspek keselamatan tetapi juga mengambil kira kebajikan masyarakat. – BERNAMA

Kategori