• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bina Baru PPRT RM56,000

oleh AK-47
03/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Lipis : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bersedia untuk mengkaji semula kos bina baru dan baik pulih Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk golongan B40 di luar bandar.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 1 Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pada masa kini kos bagi bina baru rumah PPRT dianggarkan berjumlah RM56,000 di Semenanjung manakala kos baik pulih adalah RM13,000.

Menurutnya, kajian semula mengenai kos bina baru PPRT dan baik pulih masih di peringkat KPLB selepas mendapati kos pembinaan semakin bertambah sejak kebelakangan ini.

Katanya, kenaikan berkenaan berikutan didorong pelbagai faktor seperti kos pengeluaran bahan oleh pengilang, kos import bahan-bahan binaan dan kadar upah bagi pekerja pembinaan.

“Peningkatan kos ini menyebabkan banyak kontraktor kecil di kampung yang terbabit dalam projek membina rumah PPRT tidak mampu melakukannya kerana keuntungan yang rendah.

“Ketika ini KPLB sedang melakukan libat urus dengan pelbagai agensi untuk mendapatkan cadangan sebelum dikemukakan kepada Jemaah Menteri

“Selepas mendapat persetujuan, kita akan memohon peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan menerusi pembentangan Bajet 2023 yang akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Program Penyerahan Kunci Rumah kepada mangsa kebakaran di Kampung Peruang dan penerima rumah PPRT di Kampung Ulu Teris di sini, semalam.

Pada program itu, dua penerima rumah PPRT menerima kunci rumah masing-masing sekali gus memberikan keceriaan dan kegembiraan buat mereka bersempena kedatangan Ramadan dan Aidilfitri ini.

Abdul Rahman berkata, kualiti rumah PPRT yang dibina ketika ini adalah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak KPLB dengan setiap rumah akan dibina dengan kapasiti tiga bilik tidur dan satu bilik air untuk memberikan keselesaan kepada penghuni.

Di samping itu, menurutnya, pada tahun ini KPLB memperuntukkan sejumlah RM361 juta untuk membina 2,503 rumah baharu rumah PPRT selain baik pulih sebanyak 11,453 rumah di seluruh negara.

“Bagi negeri Pahang, selain rumah PPRT, KPLB turut membina serta membaik pulih Rumah Kasih Keluarga Malaysia (RKKM) khas untuk mangsa banjir pada beberapa bulan yang lalu.

“Pahang pula akan menerima peruntukan berjumlah RM43 juta bagi kedua-dua inisiatif PPRT dan RKKM di bawah KPLB ini,” katanya.

Sementara itu, penerima rumah PPRT Mazlan Hassan, 47, dari Kampung Peruang, di sini, berkata rumah baharu itu amat selesa untuk mereka tujuh beranak.

“Pembinaan rumah ini ibarat hadiah untuk menyambut Ranadan, esok (hari ini) dan sambutan Aidilfitri nanti.

“Saya bersyukur kerana KPLB membina rumah ini dalam masa dua bulan sahaja selepas rumah kami terbakar hujung tahun lalu,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Bina BaruPPRT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jenayah Menyamar Rakan Pinjam Duit

Next Post

Gencatan Senjata Sambut Ramadan Di Yemen

Related Posts

Ewon Mahu Aduan Peserta Mesej, Kampung Sejahtera, Ladang PPRT Ditangani

08/10/2018
0

KOTA KINABALU - Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah Datuk Ewon Benedick mahu setiap aduan peserta program Mini Estet Sejahtera...

RM2j Tambahan Untuk PPRT, Baik Pulih Rumah Di Sabah

23/07/2018
0

KOTA KINABALU - Kerajaan pusat akan menambah RM2 juta peruntukan bagi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan membaik pulih rumah...

Next Post

Gencatan Senjata Sambut Ramadan Di Yemen

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd