Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Budak Dirempuh Keretapi Masih...

SEORANG kanak-kanak yang dirempuh keretapi ketika sedang menolak basikalnya untuk pulang ke rumah...

Tangkapan Anggota Polis Di...

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah merekodkan penurunan tangkapan anggota polis  bagi tempoh Januari hingga...

Sukan Asia 2018: Taqiyuddin,...

SKUAD silat negara menyumbang pingat gangsa keenam Malaysia selepas pasangan Mohd Taqiyuddin Hamid...

Agong Perkenan Anugerah Pingat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menganugerahkan Pingat Panglima Gagah...

3 Lelaki Ditahan Selepas Guna Kad Kredit Palsu

SADAO – Tiga lelaki rakyat Malaysia mengeluarkan 600,000 Baht (RM77,000) dari bank-bank tempatan di sini menggunakan kad kredit dan ATM palsu dan membelanjakan kesemua wang itu sepanjang 28 hari mereka berada di Thailand.

Bagaimanapun, polis menahan ketiga-tiga mereka, dipercayai anggota sindiket kad kredit palsu itu, di pusat Imigresen Danok petang semalam bersama-sama 30 kad kredit dan ATM palsu ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia.

“Mereka berbelanja dengan mewah sepanjang 28 hari berada di Danok, Songkla dan Phuket sehingga habis kesemua wang itu,” kata Ketua Polis Imigresen Wilayah Songkla Kol Sangkom Takso di sini dan menambah, penangkapan dilakukan dengan kerjasama Polis Bahagian Siasatan Jenayah Sadao.

Pihak polis menerima laporan dari bank-bank yang menjadi mangsa lelaki terbabit, katanya dan menambah, mereka menemui 30 kad kredit dan kad ATM palsu, alat memalsu kad, senarai kod dan wang tunai daripada lelaki itu.

Mereka turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda dinaiki tiga lelaki itu yang berdaftar di Pulau Pinang, kata Sangkom.

Menurut beliau, pihak polis tempatan turut menerima pelbagai laporan daripada mangsa-mangsa yang mengadu wang mereka di antara 1,000 Baht (RM128) hingga 20,000 Baht (RM2,564) “hilang” daripada akaun bank mereka.


Menerusi pemeriksaan terhadap pasport milik mereka, beliau berkata kesemua lelaki rakyat Malaysia berumur sekitar 40-an itu didapati mula memasuki Thailand pada 9 Mei lepas.

Dalam siasatan awal, katanya, ketiga-tiga mereka mengaku telah menggunakan kad kredit dan kad ATM palsu untuk mengeluarkan wang terbabit.

Mereka juga tidak menjangkakan akan ditangkap oleh pihak berkuasa Thailand, kata Sangkom. – BERNAMA

Kategori