• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

23 Jun Cuti Berganti Bagi Sekolah Sempena Aidilfitri

oleh Ahmad Albab
08/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan menetapkan 23 Jun iaitu hari jumaat sebagai hari cuti berganti untuk negeri-negeri selain Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu sempena sambutan Aidilfitri ini.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kesemua sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Sabah dan Sarawak perlu mengganti hari persekolahan itu pada 17 Jun ini.

“Kementerian Pendidikan telah bersetuju memberikan cuti berganti untuk negeri kategori B pada 23 Jun dan diganti pada 17 Jun Ini,” katanya pada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama 1,000 warga Kementerian Pendidikan di sini semalam.

Mahdzir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) meminta kementerian mengkaji semula hari permulaan cuti sekolah sempena sambutan Aidilfitri tahun ini bagi mengelak kesesakan jalan raya dan menjamin keselamatan warga guru dan pelajar.

Mengikut jadual asal yang dikeluarkan pihak kementerian, sekolah di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor akan mula bercuti pada 23 Jun ini (Jumaat) manakala negeri lain bermula pada 24 Jun.

Media melaporkan Presiden KGMMB, Datuk Mohd. Sabri Mohd Arshad berkata kesesakan jalan raya dijangka berlaku teruk pada Sabtu kerana orang ramai mula cuti dan mahu pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri yang dijangka disambut pada 25 Jun. – BERNAMA

Tags: cuti peristiwaDatuk Seri Mahdzir Khalid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Piala Asia 2023 : Netizen Minta Cuti Peristiwa

15/06/2022
0

PETALING JAYA - Rata-rata rakyat Malaysia memohon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memberikan satu cuti peristiwa...

Johor Cuti Peristiwa 2 Mei

27/04/2022
0

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri memberi cuti kelepasan am iaitu Cuti Khas Peristiwa pada 2 Mei iaitu Isnin ini sempena sambutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd