• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zachary Anderson Tidak Rela Jadi Penonton

oleh Ahmad Albab
20/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERTAHANAN import Kedah Zachary Anderson mengakui tidak rela lagi menjadi penonton pada final Piala FA di Stadium Shah Alam pada Sabtu selepas terlepas aksi separuh akhir sebelum ini.

Pemain kelahiran Australia itu diketepikan dalam tiga perlawanan sebelum ini selepas mengalami kecederaan tulang pinggul.

Menurutnya, sepanjang tempoh rehat dia telah melakukan pemulihan sebaik mungkin untuk kembali bersama rakan-rakan perlawanan bertemu Pahang.

“Ini perlawanan penting untuk Kedah dan saya sendiri, selepas menjalani latihan petang Jumaat, saya harap dapat membantu rakan-rakan malam ini.

“Saya yakin dapat melakukan yang terbaik untuk pastikan kita dapat membawa pulang piala jika disenaraikan dalam kesebelasan malam ini.

“Apa pun saya serahkan kepada keputusan barisan kejurulatihan untuk menentukan kesebelasan terbaik untuk menentang Pahang yang juga sebuah pasukan hebat,” katanya kepada mStar Online selepas sesi latihan di Petaling Jaya.

Zachary memberitahu, final kali ini penting bagi dirinya yang sedang melalui tempoh terbaik sepanjang karier sebagai pemain bola sepak profesional.

Jelasnya, berikutan itu dia tidak boleh membuang masa dan perlu merasai perlawanan akhir di hadapan hampir 80,000 penonton daripada kedua-dua pasukan.

“Jika tidak dapat beraksi hari ini, saya yakin rakan-rakan lain dapat memberikan yang terbaik berdasarkan pengalaman yang mereka miliki selain taktikal Mohd Nidzam Adzha Yusof.

“Kita sedar perlawanan ini bukan mudah untuk diharungi tetapi untuk memastikan kita tidak tewas, semua pemain termasuk saya perlu berjuang habis-habisan,” tegasnya. – mStar Online

Tags: Kedah FAPiala FA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Steinhaus Pengadil Wanita Pertama Bundesliga

Next Post

Lelaki Buat Upacara Pengebumian Untuk Ayam

Related Posts

Pengasas Telegram Ditahan: Elon Musk Sindir Undang-undang Eropah

‘Hari Ini Bukan Hari Untuk Kita Pulang Ke Rumah Dengan Kepala Kita Ke Bawah’

25/08/2024
0

KUALA LUMPUR: Kata-kata semangat Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi 'azimat' yang membawa...

JDT Pertahan Piala FA

JDT Pertahan Piala FA

22/07/2023
0

ISKANDAR PUTERI : Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa bermandi peluh sebelum memastikan Piala FA berjaya dipertahankan buat dua musim berturut-turut...

Next Post

Lelaki Buat Upacara Pengebumian Untuk Ayam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd