• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yuran Universiti Awam Naik 200% Sah Berita Palsu

oleh
12/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini menafikan bahawa kadar yuran universiti awam konon bakal naik sehingga 200 peratus mulai sesi kemasukan September ini.

Dalam kenyataan ringkas di ibu negara, KPT menyatakan bahawa berita yang tular menerusi media sosial sejak beberapa hari itu adalah tidak benar sekali gus merupakan laporan palsu oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Laporan yang dipaparkan dalam sebuah blog itu mendakwa kenaikan berkenaan terpaksa dilakukan bagi tampung sumber kewangan universiti awam berikutan pengurangan pemberian peruntukan kewangan oleh kerajaan.

Artikel berbaur fitnah tersebut menyebabkan ratusan ribu penuntut selain keluarga mereka yang berpendapatan rendah berasa bimbang kemungkinan tidak dapat meneruskan lagi pengajian di universiti awam tempatan.

Ketika ini pihak kerajaan secara purata menanggung 90 peratus daripada kos setiap pelajar manakala selebihnya ditanggung sendiri sama ada menerusi pembiayaan ibu bapa, biasiswa atau pinjaman pendidikan tertentu.

Bagi penuntut yang menerima dana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pinjaman diperoleh itu boleh diubah syarat menjad biasiswa penuh jika meraih keputusan peperiksaan cemerlang kelas pertama.

Setakat ini terdapat 20 buah universiti awam di seluruh negara dengan institusi yang paling besar ialah Universiti Teknologi Mara (UiTM) apabila memiliki kampus cawangannya di setiap negeri. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Kementerian Pendidikan TinggiUniversiti Awam
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

DAP Syor Satu Sistem Peperiksaan Kemasukan Universiti Awam Adil, Sama Rata

DAP Syor Satu Sistem Peperiksaan Kemasukan Universiti Awam Adil, Sama Rata

24/07/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP mencadangkan satu peperiksaan seragam diadakan untuk permohonan kemasukan ke Universiti Awam seperti diamalkan oleh banyak negara...

KPT Tiada Kaitan, Tidak Setuju Pengiktirafan UEC?

KPT Tiada Kaitan, Tidak Setuju Pengiktirafan UEC?

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak mempunyai kaitan dengan cadangan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat kemasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd