Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Saifuddin Minta Maaf Marzuki...

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Saifuddin Abdullah hari ini tampil membuat penjelasan berhubung...

Pengasas TikTok, Ketujuh Terkaya...

BEIJING - Pengasas TikTok, Zhang Yiming kini menjadi lelaki ketujuh terkaya di China...

Nora Danish Photoshoot Baju...

MENJELANG ketibaan Ramadan yang bakal disambut lebih kurang sebulan dari sekarang, kebanyakan label...

Tawaran Lumayan Untuk Jaga...

EMPAT sekeluarga dari Scotland menawarkan wang tunai sebanyak ÂŁ50,000 (RM273,353) setahun bagi mencari...

YSBN, ATM Santuni Masyarakat Orang Asli

BOTA – Yayasan Sahabat Bina Negara (YSBN) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia menganjurkan Program Jiwa Murni 2 Briged di padang Sekolah Kebangsaan Kampung Suak Padi, di sini.

Penaungnya, Datuk Akmar Hisham Mokhles ketika ditemui berkata, program yang diadakan merupakan salah satu aktiviti khidmat masyarakat khususnya buat masyarakat Orang Asli di sini.

“Pelbagai aktiviti telah direncanakan dan dijalankan dengan sempurna dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia iaitu dari pasukan 2 Briged yang berpangkalan di Ipoh.

“Antaranya ialah pemeriksaan kesihatan secara percuma, gotong royong dan membaiki pagar sekolah untuk kemudahan murid Orang Asli di sini,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

YSBN, ATM Santuni Masyarakat Orang Asli

YSBN, ATM Santuni Masyarakat Orang Asli

Selain itu katanya, pihak yayasan berkenaan turut menyalurkan bantuan bagi melancarkan lagi program tersebut.

“Pihak yayasan sendiri telah menyediakan bantuan seperti barangan untuk membaiki pagar sekolah.

“Malah, kita turut menyediakan barangan untuk memeriahkan program di samping bantuan barangan untuk setiap rumah di sini,” katanya.

Sementara itu, Panglima 2 Briged ATM, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaafar ketika ditemui berkata, penyertaan pasukan tentera sendiri pada program itu merupakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat Orang Asli.


YSBN, ATM Santuni Masyarakat Orang Asli

“Alhamdulillah, pasukan dari 2 Briged kali ini berjaya berkolaborasi dengan pihak Yayasan Sahabat Bina Negara untuk menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat Orang Asli.

“Diharap dengan adanya aktiviti sebegini akan lebih memberi makna kepada masyarakat Orang Asli sendiri agar tidak rasa terpinggir,” ujarnya.

Turut hadir pada program tersebut, ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim.

Antara program yang dibawa pada program berkenaan adalah kejuruteraan ATM, kursus pengurusan jenazah, derma darah, pemeriksaan mata secara percuma, pameran ketenteraan, sukan rakyat, gotong royong, program kesihatan dan sesi karaoke. – MYNEWSHUB.CC

Kategori