• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wenger ‘Malas’ Layan Kecaman Penyokong

oleh Ahmad Albab
14/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARSENE Wenger kini hanya memberi fokus kepada kelayakan Liga Juara-Juara berbanding protes terhadap dirinya.

Selepas meraih kemenangan selesa 4-1 ke atas Stoke City dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi Ahad, ternyata Wenger semakin bersemangat untuk terus meraih mata dalam dua baki perlawanan terakhir musim ini.

Malah Wenger hanya ‘memekakkan’ telinganya apabila sebahagian penyokong The Gunners terus memberi tekanan sepaya meninggalkan kelab ini.

“Lihat, saya telah dibayar untuk menjalan tugas di kelab ini, tugas yang saya suka. Saya akan melakukannya selama yang boleh, selagi saya berada di sini, memberi penuh komitmen dan saya tidak terpengaruh dengan semua itu”.

“Apa yang saya boleh buat adalah beri yang terbaik. Kami mengumpul 69 mata setakat ini – dan sama-sama akan menjadikan 72 mata Selasa ini (bertemu Sunderland).

“Saya hanya mahu fokus pada bola sepak sahaja, dan lain-lain perkara bagi saya adalah tidak penting.

“Saya pekerja awam. Bukan ahli politik. Ada yang akan bersetuju dan ada yang membantah. Tetapi saya tidak ada apa-apa yang istimewa mengenainya,” ujar Wenger.

Arsenal kini berada di tangga kelima hanya perbeza satu mata berbanding Liverpool (70 mata).

Manakala Manchester City di tempat ketiga dengan 72 mata. Tottenham Hotspur pula selesa di tangga kedua dengan 77 mata.

Arsenal bakal menutup tirai liga musim ini dengan bertemu Everton pada 21 Mei. – mStar Online

Tags: ArsenalArsene Wenger
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aliff Belum Buat Persiapan Sambut Bayi Sulung

Next Post

KRT Pemangkin Keharmonian Penduduk

Related Posts

Kerajaan China ‘Pangkah’ Ozil

16/12/2019
0

BEIJING - Gara-gara menyatakan sokongan terhadap etnik Uighur di Xinjiang, stesen penyiaran kerajaan China, CCTV menarik balik siaran langsung perlawanan...

Ozil Kritik Umat Islam Abaikan Etnik Uighur

14/12/2019
0

BINTANG Arsenal, Mesut Özil mendakwa umat Islam hanya berdiam diri ketika etnik minoriti Uighur di Xinjiang ditindas di bawah kerajaan...

Next Post

KRT Pemangkin Keharmonian Penduduk

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd