Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

1.25 Juta Peminjam PTPTN...

BUKIT MERTAJAM - Seramai 1.25 juta peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman...

Raba Penumpang Pesawat, Alasannya...

JIKA anda ingin melihat realiti bagaimana racun politik Donald Trump memberi kesan kepada...

Tiada Kelab Hiburan Di...

KUALA LUMPUR - Tiada kelab hiburan yang dibuka di dalam Wilayah Persekutuan ‘kebal’...

Guna Masjid Berpolitik Pecah-Belah...

GEORGE TOWN - Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor...

Warga Kota Sambut Puasa Bersederhana

KUALA LUMPUR – Sempena Ramadan esok, warga kota beragama Islam sudah merencanakan pilihan mereka untuk berbuka puasa yang rata-ratanya mengambil sikap bersederhana.

Ada yang memilih untuk menyediakan sendiri juadah berbuka di rumah, malah ada juga yang gemar berbuka di luar seperti di restoran dan hotel, asalkan tidak membazir.

Pegawai bank, Hamidah Amran, 41, berkata setiap tahun, beliau dan keluarganya lebih selesa berbuka di rumah sahaja dan jarang sekali membeli makanan di luar memandangkan dirinya begitu mementingkan kebersihan.

“Kebiasaannya, saya dan suami akan bergilir-gilir memasak juadah berbuka. Bukan sahaja dapat berjimat-cermat dan kebersihan terjamin malah dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara anggota keluarga,” katanya yang akan menyambut hari pertama puasa di kampung halaman di Kampung Gajah, Perak.

Bagi pegawai kerajaan, Muhammad Khairul Hisyam, 34, pula tidak kisah untuk berbuka puasa sama ada di rumah atau di restoran asalkan baginya, perbelanjaan berbuka puasa tidak melebih-lebih.

“Memandangkan kos perbelanjaan semakin meningkat sekarang, sedikit sebanyak memberi kesan juga kepada kami sekeluarga untuk berbuka di luar. Namun, jika sekali-sekala teringin untuk berbuka di luar, apa salahnya,” katanya yang juga akan menyambut puasa pertama di kampungnya di Taiping, Perak.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) dan Jalan Masjid India mendapati, hampir kesemua premis sama ada menjual pakaian, aksesori perhiasan diri dan rumah serta makanan mula dipenuhi pengunjung seawal 10 pagi lagi.


Para peniaga di tapak bazar Ramadan di lorong TAR juga sudah mula memasang khemah dan meja masing-masing sebelum memulakan jualan pertama bulan Ramadan pada tahun ini.

Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini, sebanyak 405 tapak disediakan untuk aktiviti perniagaan di kawasan terbabit sempena bulan Ramadan kali ini.

“Bagi lorong TAR, tapak bazar akan bermula dari Jalan Bonus 6 (Semua House) hingga ke Kompleks Campbell manakala tapak bazar di Jalan Masjid India bermula dari masjid itu hingga ke Semua House,” kata Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff.

Secara keseluruhannya, sebanyak 4,485 tapak bazar akan beroperasi di ibu kota sepanjang Ramadan ini dengan kebanyakannya adalah tapak tradisi bazar Ramadan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • puasa

Kategori