• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Felda Masih Beri Sokongan Kepada Kerajaan

oleh AK-47
22/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad percaya lebih 100,000 peneroka Felda di seluruh negara masih memberi sokongan penuh kepada kerajaan sedia ada.

Beliau berkata warga peneroka berkenaan sentiasa menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana banyak menyediakan kemudahan dan rancangan dalam memperjuangkan nasib serta membantu meningkatkan ekonomi mereka sejak 60 tahun lepas.

“Majoritinya, sokongan masyarakat peneroka terhadap kerajaan hari ini masih kuat walaupun ada segelintir cuba dipengaruhi pihak pembangkang dengan masalah berkaitan pengurusan misalnya, namun kita akan sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan yang ada.

“Cuma ada dalam kelompok kecil, mereka tidak berpuas hati. Mereka ini jadi pembangkang ‘jadi-jadian’ dan bukan pembangkang ‘tulen’ kerana kecewa tidak dapat itu dan ini. Namun saya lihat ia terpencil dan tidak terlalu ramai yang menentang,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sistem penapisan air sempena program sihat dan jalinan ukhwah FGV di Felda Maokil, di sini hari ini.

Turut hadir, Anggota Parlimen Sekijang Anuar Abd Manap dan Ketua Pegawai Operasi Sektor Logistik dan lain-lain FGV Datuk Khairil Anuar Aziz.

Pada majlis itu, tujuh sekolah di wilayah Felda menerima peruntukan RM164,000 daripada FGV bagi pembelian, pemasangan serta penyelenggaraan sistem penapisan air, sementara Sekolah Menengah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Maokil di sini, dipilih sebagai sekolah pertama menerima penapis air berkenaan.

Mohd Isa berkata projek tersebut akan dilaksanakan di enam sekolah yang dipilih lagi secara berperingkat kerana pihaknya sedar air merupakan sumber asas yang penting, dan pelajar khususnya di luar bandar perlu diberikan bekalan air bersih bagi menjamin kesihatan mereka.

Katanya program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu adalah sebahagian daripada Pelan CSR FGV selari dengan program #Negaraku yang dilancarkan kerajaan baru-baru ini, iaitu salah satu terasnya adalah memupuk nilai prihatin kepada kesejahteraan masyarakat luar bandar.

“Tahun ini program CSR FGV akan lebih fokus kepada elemen insan dengan terlibat dalam pembangunan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat di sekitar lokasi operasi FGV khususnya di kawasan-kawasan Felda.

“Sebagai sebuah syarikat bertanggungjawab dan komited terhadap kemampanan perniagaan, FGV sentiasa menyokong sebarang inisiatif seperti ini dan diintegrasikan dengan Pelan CSR FGV bagi memastikan matlamatnya dapat dicapai dengan sempurna,” jelasnya.

Beliau berkata pada 2016, FGV giat menjalankan aktiviti CSR memfokuskan kepada elemen alam sekitar dengan memperuntukkan dana RM7.5 juta untuk Program Pemuliharaan Beruang Matahari dan Rafflesia serta RM1.7 juta kepada kerajaan Sabah dalam usaha memulihara dan melindungi biodiversiti terutama di kawasan Kinabatangan. – BERNAMA

Tags: FGVTan Sri Mohd Isa Abdul Samad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Budak Perempuan ‘Yakin Cantik’ Bikin Netizen Ketawa

Next Post

Jelas Mahathir Yang Mudah Lupa!

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

28/06/2022
0

Sejak beberapa hari ini, boleh dilihat PH berusaha untuk menjatuhkan kredibiliti FGV dan FELDA dengan pengumuman Mesyuarat Agung FGV untuk...

Next Post

Jelas Mahathir Yang Mudah Lupa!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd