• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jiran Maut Dilanggar Kereta Dipandu Remaja 13 Tahun

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAPAH – Seorang wanita warga emas disahkan meninggal dunia awal pagi, hari ini, di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, selepas parah dirempuh kereta dipandu anak jiran ketika mangsa berada di ruang tamu rumahnya di Kampung Baharu Banir, Temoh, di sini, petang semalam.

Lai Kwan Lan, 82, meninggal dunia pada 2 pagi ketika dirawat selepas dipindahkan dari Hospital Tapah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw berkata, kemalangan berlaku pada 5.15 petang semalam, ketika mangsa berada dalam rumahnya apabila sebuah kereta Honda Accord dipandu remaja lelaki berusia 13 tahun, merempuh ruang tamu rumahnya.

“Remaja lelaki itu dipercayai mengundur kereta milik abangnya dan tertekan pedal minyak menyebabkan kereta itu meluru laju merempuh rumah di depan rumah keluarganya.

“Akibat kejadian itu, mangsa yang berada di ruang tamu cedera parah di kepala dan dihantar ke Hospital Tapah sebelum dipindahkan ke Hospital Ipoh kira-kira 9 malam tadi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati remaja lelaki itu memandu kereta milik abangnya yang ketika kejadian, berada di kebun manakala ibu bapa remaja itu berada dalam rumah.

“Mangsa tinggal seorang diri dan jarak antara rumahnya dengan jirannya itu kira-kira 20 meter,” katanya. – Harian Metro

Tags: kemalangankematianPerak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

03/09/2026
0

IPOH - Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang Perak 2026 akan diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan kepada ketua kampung yang menunjukkan prestasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd