• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Gugur Dirompak Pemandu Mahu Saman Uber

oleh AK-47
28/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WANITA hamil yang disamun pemandu Uber ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Puchong pada minggu lalu, dilapor mengalami keguguran.

Lapor The Star, Wong Mei Yan, 26, mengalami keguguran kira-kira seminggu selepas kejadian itu dan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Uber akibat tekanan emosi dan kerugian yang ditanggungnya.

Dalam kejadian 21 Mei lalu, Mei Yan mendakwa tidak perasan ada seorang penumpang lain berada di tempat duduk hadapan dan hanya menyedari kehadiran lelaki itu apabila pemandu Uber berkenaan mula bercakap dengannya.

Kaitan: Wanita Hamil Dirompak Pemandu Uber…

Mei Yan hanya bercakap dengan pemandu Uber berkenaan apabila dia melalui jalan yang salah walaupun arahan telah diberikan kepadanya sebelum lelaki di sebelah pemandu itu tiba-tiba mengacukan pisau dan mengarahkannya untuk menyerahkan segala barangan peribadi miliknya setibanya mereka di pusat perniagaan One Puchong.

Wanita Gugur Dirompak Pemandu Mahu Saman Uber

Sementara itu, polis telah pun menahan pemandu berusia 22 tahun terbabit pada malam Khamis dan merampas sebuah kereta jenis Proton Saga BLM berwarna hitam.

Hasil pemeriksaan mendapati lelaki yang beralamat di Kulim, Kedah itu memiliki dua rekod jenayah lampau dan akan direman seminggu sehingga 31 Mei ini.

Sementara itu, Uber dalam satu kenyataannya hari ini berkata mereka sedih dan kesal dengan kejadian yang menimpa mangsa dan akan terus berhubung dan membantu mangsa. – MYNEWSHUB.CC

Tags: samanUber
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd