• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Gemuk Kini Berjaya Beli Jeans

oleh Ahmad Albab
09/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKHIRNYA, selepas bertahun-tahun berada dalam kegemukan, seorang wanita yang pernah memiliki berat badan sebanyak 294kg akhirnya mampu membeli seluar jeans yang pertama untuk dirinya, selepas berjaya mengurangkan berat badan kepada 87.9kg.

Nikki Webster, 34, yang berasal dari Little Rock, Arkansas juga berjaya membuang 25kg lebihan kulit pada badannya selepas menjalani pembedahan pintasan gastrik, lebih setahun yang lalu.

Dia yang muncul dalam rancangan realiti TLC dengan judul My 600lb Life kini sudah mula berdating, iaitu sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan ketika gemuk dulu.

“Berat badan saya telah melemahkan saya. Badan saya begitu menyakitkan dan saya membencinya. Ketika itu makanan adalah satu ketagihan kepada saya dan ia membunuh saya,” katanya.

Wanita Gemuk Kini Berjaya Beli Jeans

Selepas menjalani prosedur pintasan gastrik itu, Nikki berjaya membuang 93 kg berat badan dalam masa setahun dan dengan bantuan terapi, dia memastikan berat badan Nikki tidak bertambah.

Kemudian dalam masa 12 ke 18 bulan, Nikki berjaya mengurangkan lagi 90kg.

Meskipun Nikki berjaya dalam proses pengurangan berat badan namun dia terpaksa bergelut dengan kesedihan selepas kawan baiknya, Michael meninggal dunia selepas menjalani pembedahan yang sama.

“Awal tahun ini, kawan baik saya Michael menjalani pintasan gastrik dan dia meninggal dunia. Ia menghantui saya,” kata Nikki.

Dan selepas kira-kira setahun dia menjalani pembedahan pintasan gastrik, kawannya, Marc telah mengajak Nikki keluar dan itulah buat kali pertama sejak bertahun-tahun Nikki keluar berdating. – MYNEWSHUB.CC

Tags: obesitiWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Wanita yang didakwa menetap di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disahkan warga tempatan dan memiliki kad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd