• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vingada Bentuk Kombinasi Mantap Menjelang Piala Asia

oleh Ahmad Albab
30/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Ketua jurulatih baharu, Nelo Vingada berjanji akan mempersiapakan skuad Harimau Malaya dengan sebaik mungkin bagi menampilkan prestasi terbaik menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2009 menentang Lubnan di Stadium Larkin di sini, 13 Jun ini.

Jurulatih kelahiran Portugal itu, yang baru tiba di tanah air sejak seminggu lepas, juga berharap tempoh latihan pusat selama dua minggu sudah memadai untuk membentuk kombinasi mantap dan terbaik untuk perlawanan tersebut.

“Saya tidak mahu memberi alasan bahawa saya memerlukan lebih banyak masa tetapi saya akan berusaha membentuk sebuah pasukan yang terdiri daripada barisan pemain berkualiti. Sudah tentu ada tekanan tetapi ini ada perkara biasa sebelum perlawanan.

“Saya harap dapat gunakan masa ini untuk mengenali pemain kerana baru sahaja menggalas tugas ini namun saya percaya kepada orang yang saya bekerja dengan,” katanya kepada pemberita selepas hari pertama sesi latihan pusat di padang Seri Gelam di sini, lewat malam tadi.

Sesi latihan melibatkan 26 pelatih skuad Harimau Malaya bermula pukul 10.30 malam.

Bagaimanapun, 11 pelatih daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak dapat menyertai latihan pusat kerana sedang membuat persiapan bagi menghadapi kelab Filipina, Ceres Negros FC pada aksi separuh akhir kedua Piala AFC Zon Asia Tenggara di Stadium Panaad, Bacolod City, Filipina, malam esok.

Mereka dijangka mengikuti sesi latihan pusat pada 3 Jun ini.

Mengenai isu sembilan pemain berusia 30 tahun ke atas dan dilabel kuda tua dalam skuad pelatih Harimau Malaya, Vingada berkata usia tidak menjadi masalah selagi mana-mana pemain dfisenaraikan dapat menampilkan persembahan terbaik.

Misalnya, katanya, pemain berusia lebih 30 tahun yang masih lagi menunjukkan prestasi terbaik mewakili pasukan Itali dan England.

“Secara peribadi, saya suka untuk melabur dalam pemain baharu…membawa masuk bakat-bakat baharu dan ia sentiasa menjadi kepakaran saya dan sebab itu saya membawa masuk dua pemain berusia 22 tahun. Sekiranya, mereka menampilkan persembahan berkualiti, mereka boleh menyarung jersi kebangsaan…sama dengan pemain-pemain yang sudah berusia,” katanya.

Vingada berkata beliau dan Presiden Persatuan Bola SEpak Malayia (FAM0, Tunku Mahkota Johor. Tunku Ismail Sultan Ibrahim komited untuk membawa perubahan dan idea baharu dalam kancah bola sepak tempatan.

“Seandainya, kita memperoleh keputusan baik pada perlawanan kelayakan Piala Asia, sudah pasti ia memberi motivasi ke arah hala tuju baharu dalam kancah bola sepak negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Harimau Malaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd