• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Jemaah Masjid Bantu Tolak Kereta Aunty Cina

oleh AK-47
15/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TINDAKAN sekumpulan jemaah masjid yang berganding bahu membantu menolak kereta rosak milik seorang pemandu wanita berbangsa Cina menerima pujian daripada netizen.

Dalam kejadian pada petang jumaat lalu, kereta milik wanita Cina tersebut rosak di Jalan Kelawei, Pulau Pinang menyebabkan aliran trafik bergerak perlahan.

Prihatin dengan kesusahan wanita terbabit, kira-kira 14 jemaah yang sedang menuju ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat Jumaat dilihat bersama-sama menolak kereta terbabit ke bahu jalan.

Kejadian tersebut telah disaksikan sendiri oleh Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Muhammad Bakhtiar Wan Chik sebelum memuat naik rakaman itu ke dalam laman Facebooknya.

“Sikap toleransi yang ditunjukkan ini yang perlu kita pupuk. Kereta seorang aunty rosak di tengah jalan yang sibuk di hadapan Masjid Kelawai semasa khutbah Jumaat diubah oleh para jemaah masjid.

“Kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum. Jika ada yang memerlukan pertolongan, kita perlu bantu tanpa mengira agama dan bangsa,” tulisnya di dalam kapsyen.

Bakhtiar menambah, beliau tidak menyangka rakaman tersebut menjadi tular, mungkin disebabkan ia mempunyai kaitan dengan isu seorang lelaki membunyikan hon semasa jemaah sedang menunaikan solat Jumaat minggu lalu.

“Kali ini ia langsung tiada kena mengena dengan pergaduhan, hanya sikap toleransi dan semangat saling membantu . Ini yang rakyat Malaysia mahu tengok,” katanya lagi.

Sementara itu, netizen yang melihat rakaman video tersebut turut memuji sikap yang ditonjolkan masyarakat di negara ini.

“Love Penang. Di Pulau Pinang kita semua adik-beradik tak kira Melayu, Cina, India saling membantu di antara satu sama lain,” tulis Rsn Rayer.

Manakala Kelvin Liew berkata “Jom pakat viralkan video yang menonjolkan muafakat dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia. Moga kebaikan menjadi viral dalam masyarakat majmuk Malaysia .” – MYNEWSHUB.CC

Tags: Anak MalaysiaKemasyarakatanPerpaduan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ekonomi Johor Paling Pesat Sebab Kerajaan BN Johor, Onn Hafiz Tidak Terikat Parti Lain – KJ

Ekonomi Johor Paling Pesat Sebab Kerajaan BN Johor, Onn Hafiz Tidak Terikat Parti Lain – KJ

03/07/2026
0

PONTIAN - Johor mencatatkan pertumbuhan ekonomi lapan peratus iaitu yang paling pesat di Malaysia kerana negeri ini ditadbir sepenuhnya oleh...

JMR Cipta Sejarah, Pasukan Malaysia Pertama Menang Perlumbaan 24 Jam Spa-Francorchamps

JMR Cipta Sejarah, Pasukan Malaysia Pertama Menang Perlumbaan 24 Jam Spa-Francorchamps

29/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  JOHOR BAHRU – Johor Motorsports Racing (JMR) melakar sejarah baharu dalam arena sukan permotoran negara apabila muncul sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd