• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usaha Berkesan Perlu Untuk Promosi Kebudayaan Sabah

oleh Ahmad Albab
30/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENAMPANG – Usaha berkesan perlu diambil oleh semua pihak bagi mempromosikan keunikan warisan budaya di Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman hari ini.

Jelasnya, ini kerana usaha mempromosi dan mengembangkan keunikannya masih perlu dipertingkatkan sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa.

“Dalam konteks ini, semua pihak bukan sahaja jabatan dan agensi kerajaan, tetapi juga daripada sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu sama-sama menggembleng tenaga mempromosi keunikan warisan budaya kita, termasuklah sukan tradisi dan alat kebudayaan.

“Kerajaan juga akan terus menggandakan usaha dan komitmen berterusan untuk memacu dan mempromosikan keunikan serta kekayaan warisan kebudayaan di negeri ini dengan sokongan daripada semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan Sukan Tradisi, Pameran Hasil Pertanian dan Alat Kebudayaan Kadazandusun Murut sempena perayaan Pesta Kaamatan di sini. Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Musa turut meminta rakyat, khususnya di Sabah, untuk terus memberikan sokongan kepada usaha kerajaan dalam melestarikan khazanah budaya agar tidak luput ditelan zaman.

Beliau juga berharap rakyat melibatkan diri dalam pelbagai program kebudayaan sebagai usaha mengukuhkan lagi keamanan dan perpaduan di negeri ini.

Cuti umum hari ini dan cuaca panas pagi tadi tidak menghalang orang ramai, termasuk umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan, hadir memeriahkan pelbagai acara yang dianjurkan sempena perayaan Pesta Kaamatan di Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di sini.

Kehadiran orang ramai dijangka lebih ramai esok yang juga cuti umum di negeri ini bagi menyaksikan majlis penutupan pesta itu oleh Musa dan acara kemuncak perayaan iaitu Pertandingan Unduk Ngadau atau ratu cantik Pesta Kaamatan.

Seramai 44 peserta yang mewakili daerah kecil dan besar di Sabah, termasuk Lembah Klang dan Johor, akan merebut mahkota dan gelaran Unduk Ngadau 2017. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Musa Aman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tahan Musa Aman, Didakwa Petang Ini

05/11/2018
0

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini untuk menghadapi...

Kertas Siasatan Kes Musa Dijangka Diserah Kepada TPR

24/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Polis dijangka menyerahkan kertas siasatan melibatkan Tan Sri Musa Aman berhubung dakwaan ugutan jenayah terhadap Yang Dipertua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd