• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Bantu Rakyat Tanpa Mengira Kaum, Agama

oleh Ahmad Albab
23/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Pelaksanaan Program UMNO Bantu Rakyat memperlihatkan komitmen tinggi UMNO Pusat bersama kepimpinan UMNO Negeri dan Bahagian untuk membela nasib rakyat, tanpa mengira kaum dan agama.

Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata program yang memberi tumpuan terhadap penduduk di kawasan luar bandar itu menunjukkan kesan positif kerana ia melibatkan penduduk di akar umbi.

“Biarpun dinobatkan sebagai parti Ketua Pemerintah tetapi kita jamin walaupun parti ini berjuang untuk Melayu dan orang Islam namun kita tak pernah diskriminasi kaum lain.

“Malah melalui UMNO kita dapat stabilkan aliran perhubungan masyarakat di negara kita yang terdiri daripada masyarakat majmuk,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program UMNO Bantu Rakyat anjuran Biro Kebajikan UMNO di Kampung Tanjung Aru dekat sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah yang mengetuai 87 peserta rombongan program, yang akan menyambung perjalanan ke Kalabakan Tawau, diikuti Papar sebelum berakhir di Sepanggar Kota Kinabalu, Khamis ini.

Bung Moktar yang juga Anggota Parlimen Kinabatangan berkata penyampaian sumbangan menerusi program itu merupakan tanda ikatan kukuh antara pemimpin di peringkat pusat dan akar umbi.

“Saya yakin dan percaya Pengerusi Biro Kebajikan UMNO akan mendapat ilham cara yang lebih baik bagi melaksanakan program ini pada masa akan datang.

“Ia sejajar dengan perjuangan UMNO sejak 71 tahun lepas, iaitu untuk membela nasib rakyat yang memerlukan bantuan, tanpa mengira di mana mereka berada,” katanya – BERNAMA

Tags: UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd