• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UiTM Tak Mohon Permit Masuk Hutan Simpan

oleh Ahmad Albab
14/05/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada permohonan dibuat oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) atau pihak penganjur bagi menjalankan aktiviti di Lata Charok, di mana insiden dua penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam maut dihempap pokok semalam.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Lata Charok atau Air Terjun Ulu Tampik yang terletak dalam Kompartment 51, Hutan Simpan Lentang dan ia tidak diwartakan sebagai Kawasan Taman Eko Rimba.

“Saya ingin mengingatkan kepada semua pihak yang mahu melakukan sebarang aktiviti riadah atau sukan dalam hutan, mereka perlu mendapatkan permit dan memaklumkan kepada Pejabat Hutan terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi semalam, dua pelajar UiTM Noorain Mohtar, 23, dan Muhammad Kamil Md Sukri, 22, maut dihempap pokok yang tumbang manakala enam lagi cedera termasuk seorang yang parah ketika menjalani aktiviti perkhemahan di kawasan air terjun berkenaan.

Laporan menyatakan seramai 140 penuntut dan empat penyarah terlibat dalam aktiviti itu.

Wan Junaidi berkata satu laporan polis telah dibuat dan pihaknya akan memberi kerjasama kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan insiden berkenaan.

“Semua pihak sama ada penganjur mahu pun orang perseorangan diharap mengambil iktibar daripada insiden itu dengan mematuhi segala peraturan dan keperluan yang ditetapkan,” katanya.

Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terbabit. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku JaafarUiTM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Siapakah Hero Aeroangkasa Malaysia?

Next Post

Bonceng Motosikal Berkuasa Tinggi Sambil Beramal

Related Posts

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

15/04/2025
0

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan penggunaan pakaian menyerupai kostum tertentu oleh sekumpulan pelajar di Kampus Dengkil baru-baru ini...

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

12/10/2024
0

DUNGUN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu bersedia mengatur pertemuan antara suami wanita yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan tiga pelajar...

Next Post

Bonceng Motosikal Berkuasa Tinggi Sambil Beramal

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd