• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siapakah Hero Aeroangkasa Malaysia?

oleh Ahmad Albab
14/05/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MALAYSIA antara muka hadapan dalam bidang aeroangkasa di rantau Asia Tenggara ini. Perkara ini dibuktikan lagi dengan jangkaan peningkatan industri ini sebanyak tujuh peratus berbanding tahun lepas.

Ini seiring dengan pelancaran Pelan Induk Aeroangkasa Kedua 2030. Tahukah anda bahawa Malaysia merupakan satu-satunya negara yang mempunyai pasukan yang terlibat dalam Google Lunar XPrize di rantau Asia Tenggara ini. Nama kumpulan ini ‘Independence-X’ diketuai Izmir Yamin, graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Izmir Yamin memulakan projek aeroangkasa ini sejak tahun 2003 dan menubuhkan syarikat Independence-X Aerospace (IDXA) pada 2013. Mereka berusaha menaikkan nama negara dalam bidang aeroangkasa dan pelbagai usaha dilakukan sejak penubuhan syarikat IDXA ini.

Pasukan Izmir terus menaikkan nama Malaysia di mata dunia dengan penglibatan mereka dalam Google Lunar XPrize yang menjadi satu-satunya pasukan di rantau Asia Tenggara.

Antara usaha yang dilakukan ialah projek pembangunan modul roket dan sistem penujah dengan kos-efektif untuk masa hadapan.

Berikut senarai projek yang sedang usahakan untuk mengejar misi melihat roket Malaysia ke bulan;

1) Dedicated Nano Launch Vehicle [DNLV]
2) Google Lunar X Prize Lunar Craft Module and System
3) Microgravity Experiment Re-entry Capsule [MERCAP]
4) Ground station satellite communication dish
5) Station Keeping and Orbital Transfer Propulsion System

Kebanyakkan projek ini diusahakan dengan dana persendirian dan turut mendapat perhatian dari National Aeronautics and Space Administration (NASA).

Jadi jelaslah, usaha yang dilakukan pasukan Izmir bukanlah calang-calang kerana mendapat perhatian NASA, agensi tersohor dunia.

Projek roket DNLV merupakan kesinambungan dari teknologi Soyuz yang telah lama digunakan dalam industri pembinaan roket.

Pencapaian ini satu perkara penting kerana dijangkakan bahawa dalam masa 50 tahun lagi, industri pelancongan angkasa bukan lagi omong kosong dan bakal menjadi perniagaan yang berdaya maju.

Malahan, terdapat beberapa syarikat gergasi dunia melihat peluang dalam aktiviti perlombongan di angkasa yang menjadikan industri aeroangkasa ini sangat berdaya maju untuk diterokai.

Justeru, pelancaran Pelan Induk Aeroangkasa Kedua 2030 dan perjuangan pasukan Independence-X ini mampu menjadikan negara Malaysia sebagai pemain utama dalam industri ini.

Pasukan Independence-X juga turut berusaha untuk menyediakan peluang pekerjaan untuk golongan muda.

Jangan pula nanti anak muda merungut soal ketiadaan kerja. Contohilah Izmir dan pasukannya yang berusaha untuk menaikkan nama Malaysia di mata dunia. Ia didorong semangat cinta negara yang hebat di dalam diri.

Perjuangan dan pengorbanan untuk negara bukan sekadar menghunus senjata, sebaliknya berusaha membawa nama Malaysia ke mata dunia dengan cara yang membanggakan. – MYNEWSHUB.CC

#LaskarMalaya

Tags: Aeroangkasahero
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

J/kuasa PAS Pusat Tentukan Kedudukan Exco S’gor

Next Post

UiTM Tak Mohon Permit Masuk Hutan Simpan

Related Posts

SPRM Ambil Keterangan Sivakumar Isu Pekerja Asing

LIMA 2023 ‘Tayang’ Lebih 100 Aset Aeroangkasa, Maritim

16/04/2023
0

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 aset daripada industri aeroangkasa dan maritim akan dipamerkan kepada pengunjung Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi...

Pasukan Petugas Khas Ditubuh Kurangkan Karbon Industri Aeroangkasa

Pasukan Petugas Khas Ditubuh Kurangkan Karbon Industri Aeroangkasa

16/08/2022
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Tenaga Penerbangan Mampan dalam usaha mengurangkan jejak...

Next Post

UiTM Tak Mohon Permit Masuk Hutan Simpan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd