• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tok Mo Beri Bayangan Siapa Juara Piala FA

oleh Ahmad Albab
20/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DI atas kertas, pasukan Kedah dan Pahang yang bakal membuat perhitungan pada final Piala FA, malam Sabtu ini mempunyai peluang sama rata untuk bergelar juara.

Namun apa yang pasti kemenangan hanya akan berpihak kepada pasukan yang benar-benar konsisten, menonjol dan membuka jaringan awal.

Berdasarkan rekod, Kedah pernah memenangi trofi itu sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1996, 2007 dan 2008 manakala Pahang pula dua kali iaitu pada tahun 2006 dan 2014.

Bagi peminat tegar sukan negara, Mansor Abdul Khoni atau lebih dikenali sebagai Tok Mo, beliau membayangkan skuad Lang Merah bakal menjulang trofi kedua selepas merangkul Piala Sumbangsih pada Januari lalu.

“Insya-Allah Kedah tak ada masalah untuk menang Piala FA 2017. Saya jangkakan mereka akan menang 2-0,” katanya kepada mStar Online.

Menurut Tok Mo, kelebihan pastinya berpihak kepada Kedah selepas mengambil kira prestasi semasa anak didik Mohd. Nidzam Adzha Yusoff.

Tok Mo Beri Bayangan Siapa Juara Piala FA

“Dari segi permainan, Kedah pernah menang dengan Pahang 4-1 di Alor Setar, Februari lalu. Jadi main Piala FA ini, saya rasa Kedah tak ada masalah kerana mereka pasti akan turunkan skuad utamanya,” katanya.

Walaupun yakin dengan bayangan itu, Tok Mo turut menasihati pasukan Kedah supaya jangan terlalu ghairah untuk menjaringkan gol.

“Pemain jangan alpa dan benteng pertahanan kena jaga juga. Pemain juga harus elak bermain untuk diri sendiri tetapi perlu bermain secara berpasukan. Jika semuanya okay, peluang bergelar juara pasti terbuka luas,” katanya.

Sementara itu, Tok Mo yang juga peminat tegar Kedah memberitahu dia turut tidak mahu terlepas peluang menyaksikan pertembungan yang dianggap penuh dramatik itu.

“Insya-Allah saya akan hadir. Saya memang tak pernah miss perlawanan final membabitkan Kedah sebelum ini,” katanya.

Pada Sabtu lalu, Kedah mara ke final dengan agregat 4-0 selepas menewaskan Terengganu 3-0 pada separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Pahang yang dikemudi jurulatih Dollah Salleh pula melangkah ke perlawanan akhir dengan agregat 3-1 selepas menang tipis 2-1 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. – mStar Online

Tags: Kedah FAPahang FAPiala FA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengasas Telegram Ditahan: Elon Musk Sindir Undang-undang Eropah

‘Hari Ini Bukan Hari Untuk Kita Pulang Ke Rumah Dengan Kepala Kita Ke Bawah’

25/08/2024
0

KUALA LUMPUR: Kata-kata semangat Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi 'azimat' yang membawa...

JDT Pertahan Piala FA

JDT Pertahan Piala FA

22/07/2023
0

ISKANDAR PUTERI : Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa bermandi peluh sebelum memastikan Piala FA berjaya dipertahankan buat dua musim berturut-turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd