Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

Pegawai Imigresen Didakwa 10...

SEREMBAN - Seorang pegawai imigresen didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa...

Keluarga Ini Buktikan Haiwan...

Masihkah anda ingat dengan isu tragis seorang lelaki dibaham harimau putih di depan...

Daesh: Hukuman Penjara 5...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini menambah hukuman penjara daripada lima...

Zakir Naik Dipanggil Bukit...

KUALA LUMPUR - Penceramah bebas Dr. Zakir Naik akan dipanggil ke Bukit Aman...

TN50: Majlis Belia Selangor Anjur Hari Belia Selangor

SAMBUTAN Hari Belia Negara 2017 Peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan bermula 5, 6 dan 7 Mei jelas menunjukkan kerajaan sentiasa mengiktiraf peranan belia kepada masa negara.

Hakikatnya, golongan belia hari ini bertindak sebagai ‘think-tank’ negara. Segala pemikiran daripada kelompok belia semestinya akan memberi kesan besar kepada masa hadapan.

Ini terutamanya dalam merealisasikan gagasan Transformasi Nasional atau TN50 seperti yang telah direncana sendiri oleh Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Apa yang penting, kita perlu terus berfikiran kreatif dan bersifat dinamik untuk mencapai hasrat tersebut. Justeru, jangan sesekali untuk kita terus bersifat individualistik.

Ini kerana jatuh bangunnya sesebuah negara itu terletak kepada aspek perpaduan. Amalkanlah sifat kebersamaan agar keamanan dan kemajuan negara terus terpelihara.

Kerana itu, sambutan #hbns17 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan ini kita kedepankan kreativiti dan bakat anak muda yang mana mereka akan cuba mencatat rekod Malaysia Book of Records (MBOR).

Ia bagi acara guntingan rambut paling ramai selain juga diadakan kaedah belajar cara menjana pendapatan secara online bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menerusi program #youcanduit.


Saya menyeru anak muda Selangor untuk tampil melihat sendiri ruang dan peluang cuti hujung minggu demi mendapatkan pelbagai maklumat disediakan Kerajaan Persekutuan yang berkaitan dengan masa depan mereka.

Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim
Presiden Majlis Belia Selangor merangkap Ahli Parlimen Kuala Selangor

– MYNEWSHUB.CC

Kategori