• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Tegas Keluarkan Kenyataan Sentuh Sensitiviti

oleh Ahmad Albab
07/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman berhubung kes pergaduhan di hadapan sebuah surau di Taman Austin Perdana di sini, Jumaat lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata segala laporan mengenai kenyataan berkaitan isu berkenaan akan diserahkan kepada Unit Siasatan Khas Bukit Aman.

“Polis akan mengambil tindakan kepada mana-mana individu yang mengeluarkan kenyataan melampau selepas semua bukti dikumpul. Mereka boleh mendakwa bahawa laman sosial mereka digodam oleh pihak lain tetapi kami tetap akan siasat sama ada kenyataan tersebut memang digodam atau datang daripada mereka sendiri.

“Pihak polis juga banyak kali memberi amaran tetapi sering kali amaran tersebut dianggap remeh dan dicemuh. Walaupun masyarakat hari ini mendabik dada kononnya laman sosial membuat mereka menjadi lebih bijak tetapi apabila laman sosial itu disalah guna, tindakan tetap akan diambil, oleh itu saya nasihatkan dengarlah arahan dan amaran polis,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Persatuan Pesara Polis Negeri Johor Darul Takzim kali ke-56 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor Bahru di sini hari ini.

Menurutnya lagi, tindakan pantas pihak polis juga berjaya mengekang kejadian tersebut daripada diperbesar-besarkan oleh parti-parti politik.

“Tugas polis untuk mengawal ketenteraman awam ini bukan mudah dan memerlukan pengalaman kerana kalau isu itu dibiarkan dan tidak ditangani secepat mungkin, ia boleh ‘meletup’ dan apabila itu berlaku, akan menjadi sukar untuk mengembalikan ketenteraman awam.

“Tindakan pantas polis Johor mengawal keadaan harus dipuji, kerana kalau lambat kita risau ada ahli politik yang masuk campur dan mengapi-apikan keadaan sehingga menjadi isu perkauman dan keagamaan,” jelasnya.

Beliau berkata kejadian tersebut sepatutnya boleh diselesaikan secara damai antara kedua-dua belah pihak dan tidak seharusnya mengheret campur tangan pihak polis.

Dalam pada itu, Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata sehingga hari ini tiga laporan diterima polis Johor berkaitan kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman berkaitan kes pergaduhan berkenaan.

“Kes ini kini dalam siasatan Bukit Aman. Mereka sedang mengumpul semua laporan dan bukti, oleh itu sesiapa yang didapati membuat kenyataan mengenai isu sensitif ini, kami akan ambil tindakan,” jelas beliau.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu, rakaman video berdurasi seminit sepuluh saat menunjukkan sekumpulan jemaah surau dalam keadaan berang merosakkan sebuah kenderaan, menjadi tular di laman sosial, dipercayai berpunca daripada tindakan pemandunya yang membunyikan hon ketika jemaah sedang solat Jumaat. – BERNAMA

Tags: Datuk Nur Jazlan Mohamedperkauman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Jangan Cemburu Dengan Kemajuan Orang Lain” – Mohamad Sabu

“Jangan Cemburu Dengan Kemajuan Orang Lain” – Mohamad Sabu

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Jangan Cemburu Dengan Kemajuan Orang Lain, Kita Bangkit Dengan Persaingan Bukan Perkauman" Demikian pesanan Presiden Parti Amanah...

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

23/04/2025
3

GEORGE TOWN - Seorang guru wanita berusia 27 tahun dari Machang Bubok, Seberang Perai Tengah membuat laporan polis selepas menerima...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd